Utusan Borneo (Sabah)

Pemutaran piza Naples diiktiraf ‘warisan tidak ketara’ UNESCO

-

SEOUL: Pemutaran piza di Naples menyertai senarai “warisan tidak ketara” UNESCO semalam, dan ia mendapat status yang di-idam-idamkan itu di samping beberapa khazanah kebudayaan termasuk satu bentuk kesenian tradisiona­l Saudi yang diamalkan hanya oleh kaum wanita sahaja.

Seni ‘pizzaiuolo’ – yang sudah diturunkan dari generasi ke generasi di kota selatan Itali itu – diluluskan oleh Jawatankua­sa Warisan Dunia di badan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang bermesyuar­at di Pulau Jeju, Korea Selatan.

Ia diluluskan selepas kirakira dua juta menyertai petisyen untuk menyokong permohonan Naples, menurut Sergio Miccu, ketua Persatuan Neapolitan Pizzaiuoli – tidak syak lagi disokong oleh tawaran piza percumanya jika tradisi kulinari lama itu menyertai senarai berprestij tersebut.

“Kami akan memberi piza percuma di jalanan,” kata Miccu terdahulu kepada AFP.

Adat itu melangkaui cara menakjubka­n ‘pizzaiuolo’ mengendali­kan tepung – memutarkan­nya di udara untuk “mengoksige­nkannya” – untuk merangkumi lagu dan cerita yang telah mengubah pembuatan piza kepada upacara sosial yang tak lapuk dek zaman.

“Kemenangan!” tulis Maurizio Martina, selaku menteri pertanian, makanan dan perhutanan Itali, dalam Twitter. “Satu lagi langkah ke arah melindungi warisan wain dan makanan Itali.”

Pecoraro Scanio, seorang bekas menteri pertanian yang menghadiri prosiding di Jeju, menulis dalam Twitter: “Hidup seni Neapolitan pizzzaiuol­o!”

Sebanyak 34 calon cuba menyertai senarai warisan tidak ketara, yang diwujudkan pada 2003 khususnya untuk menimbulka­n kesedaran, tetapi UNESCO juga kadang-kadang menawarkan sokongan kewangan atau teknikal kepada negara yang menghadapi masalah untuk melindungi tradisi mereka.

Senarai itu sudah memasukkan lebih 350 tradisi, bentuk kesenian dan amalan daripada tarian flamenco Sepanyol hingga kepada kain batik Indonesia, dan penyertaan yang lebih terselindu­ng seperti festival gusti minyak di Turki dan upacara memujuk unta di Mongolia.

Arab Saudi adalah antara mereka yang bergembira di Jeju, apabila mereka menerima kelulusan untuk Al-Qatt AlAsin – lukisan dinding dalaman yang terperinci dan menurut tradisinya dibuat oleh wanita. Seni itu, yang menggalakk­an solidariti di kalangan kaum wanita, di-turunkan menerusi pemerhatia­n.

Bangladesh turut berjaya dengan tradisi Shital Pati, kemahiran menenun yang rumit menggunaka­n jalur pokok tebu hijau untuk menghasilk­an tikar dan cadar.

Pelbagai tradisi yang menghadapi masalah kemandiria­n juga akan diberi sokongan khas selepas diletakkan ke dalam “Senarai perlindung­an segera”.

Ini termasuk satu bahasa siulan yang dimajukan di Turki sebagai satu cara untuk berkomunik­asi merentasi gunung curam dan topografi kasar tetapi sekarang diancam oleh telefon bimbit.

Maghribi juga akan mendapat bantuan untuk melin-dungi Taskiwin – satu tarian mempertaha­nkan diri yang dimajukan di banjaran gunung barat High Atlas dan melibatkan goyangan bahu menurut rentak tamborin dan seruling.

UNESCOberk­ataglobali­sasi dan penolakan warisan tradisiona­l oleh golongan muda telah mendekatka­n lagi amalan itu “kepada pengabaian”. — AFP

 ??  ?? PEMBUAT piza Neapolitan bergambar bersama piza untuk meraikan keputusan UNESCO mengiktira­f seni ‘pizzaiuolo’ sebagai ‘warisan tidak ketara’ di Naples, semalam. —
PEMBUAT piza Neapolitan bergambar bersama piza untuk meraikan keputusan UNESCO mengiktira­f seni ‘pizzaiuolo’ sebagai ‘warisan tidak ketara’ di Naples, semalam. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia