Cubaan beli adik tumpaskan sindiket jual bayi dalam telemovie di TV2 hari ini

Utusan Borneo (Sabah) - - Hiburan -

MENGISAHKAN kanakkanak yang kesunyian kerana hidup sebagai anak tunggal, atas nasihat rakan, dia sanggup pergi bertemu ejen menjual bayi dengan harapan dapat membeli adik untuknya. Mengangkat konflik kekeluargaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan telemovie menarik khas cuti sekolah bertajuk ‘Beli Adik’, karya arahan Khir Rahman yang dibintangi oleh Mohd Izwan Fikri, Muhammad Izz Ilham Nazuadi, Zain Hamid, Zarynn Min, Sheila Mambo, Rashidi Ishak, dan Joey.

Disiarkan pada 8 Disember ini, jam 2.00 petang menerusi saluran TV2, drama komedi ini berkongsi kehidupan dijalani watak utama Hazamin dan Nina adalah pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin.

Kehidupan mereka bahagia dan miiliki kerjaya yang boleh dibanggakan. Sepanjang usia perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak iaitu Aizad.

Namun malangnya keluarga mereka kekurangan kasih sayang kerana masingmasing sibuk dengan kerjaya mereka. Situasi itu membuatkan Aizad anak tunggal mereka yang berusia 6 tahun dijaga oleh neneknya Maimon.

Masa berlalu Aizad mula rasa kesunyian. Apatah lagi bila melihat kawankawannya seronok bermain dengan adik-adik mereka. Aizad dapat merasakan bertapa seronok dan gembiranya mereka dapat meluangkan masa dengan adik beradik yang lain. Bukan seperti dirinya yang sentisa keseorangan.

Situasi itu membuatkan Aizad mahu seorang adik untuk menemaninya bermain dan melakukan apa sahaja bersama. Tetapi gaya hidup moden ibu bapanya yang sibuk membuat Aizad sedar permintaannya tidak akan dilayan. Semuanya pasti siasia belaka. Fikirannya yang masih belum matang membuatkan Aizad mengambil keputusan cuba berusaha untuk membeli seorang adik. Dia beranggapan itu jalan mudah dan singkat untuk dia memenuhi impiannya memiliki seorang adik.

Aktres Hollywood Cate Blanchett semasa tiba untuk malam pembukaan Festival Filem Antarabangsa Dubai di Dubai, UAE, pada 6 November lepas. Festival filem yang berlangsung sehingga 13 Disember dan menampilkan 140 filem dari 51 negara turut dihadiri oleh pelakon British Patrick Stewart, aktor Bollywood Irrfan Khan dan Wahid Hamed dari Mesir. Pelakon Hollywood (dari kiri) Margot Robbie, Allison Janney dan Craig Gillespie kelihatan begitu gembira bertemu sesama mereka semasa jamuan selepas tayangan perdana filem terbaharu Neon and 30 West, ‘I, Tonya’ di Hollywood, California pada 5 Disember yang lepas. Harith Iskander dan isterinya Dr Jezamine Lim bergambar bersama anugerah yang disampaikan oleh Duta Finland ke Malaysia, Petri Puhakka sempena majlis sambutan Hari Kemerdekaan Finland ke-100 pada Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.