Utusan Borneo (Sabah)

KPDNKK Lahad Datu laksana operasi ‘Back to School’

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) cawangan daerah telah melaksanak­an operasi ‘Back to School’ bagi melakukan pemeriksaa­n harga barangan keperluan sekolah, di sini pada Rabu.

Ketua Cawangan KPDNKK daerah Rino Hisham Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata, operasi itu dilaksanak­an untuk memastikan para peniaga tidak mengambil kesempatan dalam menaikkan harga pakaian dan barangan kelengkapa­n sekolah.

“Setakat ini, kita melakukan pemeriksaa­n ke atas empat premis jualan pakaian di kawasan sekitar bandar wilayah daerah ini dan buat masa ini tiada kenaikan harga dikesan,” katanya.

Beliau menasihatk­an kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga kelengkapa­n barangan persekolah­an dengan sewenang-wenangnya kerana pihaknya sentiasa melakukan pemantauan secara berterusan.

“Bagi peniaga yang ingin mengadakan jualan murah sempena musim kembali ke sekolah, bolehlah membuat permohonan online melalui http://njm.kpdnkk.gov. my atau pergi ke Pejabat KPDNKK berdekatan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bertugas sedang melakukan pemeriksaa­n ke atas pelbagai kelengkapa­n barangan persekolah­an di salah sebuah premis di daerah ini.
ANGGOTA bertugas sedang melakukan pemeriksaa­n ke atas pelbagai kelengkapa­n barangan persekolah­an di salah sebuah premis di daerah ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia