Tinju Kinabatangan buru dua emas

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan -

KINABATANGAN: Pasukan tinju daerah ini memburu sekurang-kurangnya dua pingat emas pada Kejohanan Sukan Sabah (SAGA) yang diadakan di Kompleks Sukan Sandakan 9 hingga 15 Disember ini.

Pasukan itu menyasarkan pingat kepada peserta kategori Lightheavy 81 kg, Mohd Syamizan yang optimis untuk meraih gelaran juara dalam kategori itu.

Prestasi Mohd Shamizan diukur melalui mencapaiannya meraih pingat emas pada ketegori itu masing-masing pada Kejohanan Remaja Sabah dan Piala Presiden bulan April dan Mei tahun ini.

Sandaran turut diberikan Kinabatangan kepada peserta kategori Lightfly 49kg, Ahmad Sharizat. Ianya berdasarkan kepada pencapaian.

PESERTA tinju daerah Kinabatangan giat berlatih sebagai persiapan Kejohanan Sukan Sabah (SAGA).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.