Utusan Borneo (Sabah)

Konsisten berjuang, tunjang kekuatan Umno: Rahmahjan

-

PERGERAKAN Wanita Umno sentiasa konsisten dalam perjuangan dan komited merealisas­ikan saranan pucuk pimpinan parti mencapai kemenangan dalam PRU-14, kata Ketua Wanita Umno Tenom Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan.

Sehubungan itu, katanya, Wanita Umno berikrar untuk menggemble­ng usaha bersama dengan sayap Pemuda dan Puteri dalam mengatur strategi holistik demi mencapai sasaran kemenangan majoriti dua pertiga kelak.

“Kemenangan besar ini tidak mustahil untuk dicapai, malah kita pernah mencatatny­a dahulu. Justeru, denganpend­ekatanbers­epadu semua pihak, kita yakin Umno dan BN akan melakar kejayaan manis pada PRU14,” katanya ditemui pada Perhimpuna­n Agung Umno (PAU) 2017 di PWTC.

Rahmahjan diminta mengulas intipati Taklimat Presiden dan intipati ucapan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika perasmian serentak perhimpuna­n Wanita, Pemuda dan Puteri Umno, malam Selasa.

Menurutnya, jentera Wanita Umno khususnya di Bahagian Tenom sudah siapsiaga dan sedia diaktifkan sejurus wisel pilihan raya ditiup.

“Kita boleh masuk gelanggang pilihan raya bilabila masa, kerana jentera kita sudah lengkap dan program simulasi sudah diadakan bagi melihat keberkesan­annya,” katanya sambil menegaskan program menyantuni akar umbi dijalankan secara berterusan menerusi Jalinan Rakyat (JR) dan JR Plus bersama rakan komponen lain.

Sehubungan itu, katanya, semua ahli parti perlu meletakkan kepentinga­n parti sebagai keutamaan berbanding kepentinga­n diri atau kelompok.

Menurutnya, Wanita Umno turut memainkan peranan besar mendekati golongan pengundi luar bandar termasuk golongan wanita, dengan menyebarka­n fakta untuk menangkis auta pembangkan­g.

“Tidak syak lagi bahawa sayap Wanita Umno merupakan faktor utama kelangsung­an parti sejak 71 tahun lalu,” katanya sambil merujuk kepada kira-kira 3.6 juta anggota parti, yang separuh adalah wanita.

Untuk itu, kata beliau, fokus semua pihak kini adalah untuk memastikan persiapan parti menghadapi PRU-14, manakala soal calon diserahkan kepada pucuk pimpinan parti menentukan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia