10 MENTERI ANGKAT SUMPAH

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengangkat sumpah sebagai jemaah menteri pada Rabu.

Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Jemaah Menteri Negeri Sabah itu berlangsung di Istana Negeri di sini.

Kesemua Adun yang dilantik mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Turut menyaksikan upacara itu Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Adun Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong dilantik seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri dengan portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (Upko) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau juga mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran turut menerima pelantikan sebagai Adun dan memegang portfolio Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Adun Api-Api Christina Liew yang juga Ahli Parlimen Tawau turut mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Tujuh lagi Adun yang menerima pelantikan sebagai menteri termasuklah Adun Melalap Datuk Peter Anthony sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur; Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt yang juga Adun dilantik sebagai Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan; Adun Tanjung Aru Junz Wong dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan; dan Adun Sindumin Datuk Dr Yusuf Yacob sebagai Menteri Pelajaran dan Inovasi.

Adun Kadamaian Ewon Benedick dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar; Adun Pantai Manis Datuk Aidi Mokhtar sebagai Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri; dan Adun Tanjung Papat Frankie Poon Ming Fung dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

bersalaman dengan Madius (tiga kanan) sebaik tiba di Istana Negeri. Turut kelihatan Christina (dua kanan) dan Jaujan (kanan). Gambar JABATAN PENERANGAN

SHAFIE

JAUJAN menandatangani watikah pelantikan di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.