MT Upko akan putuskan status permohonan James Ratib

MT Upko akan putuskan status permohonan

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Perwakilan Upko di Dewan Undangan Negeri dijangka meningkat selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut Datuk James Ratib telah memohon untuk menyertai parti itu.

Presiden Upko Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau ketika mengesahkan perkara itu berkata James menyerahkan borang permohonan keahlian kepadanya di kediamannya di sini, pagi Rabu.

“Majlis Tertinggi Upko akan memutuskan permohonan itu pada mesyuaratnya Jumaat ini, ia adalah antara isu yang akan dibincangkan,” katanya.

Beliau berkata James sangat berminat dengan Upko sebagai landasan untuk dia berkhidmat dengan rakyat di kawasannya dengan lebih baik.

Ketika ditanya sama ada lebih ramai lagi akan menyertai Upko, Madius berkata: “Kami menjangkakan sekurangkurangnya seorang lagi akan menyertai parti ini dalam tempoh terdekat.”

James adalah bekas ketua bahagian Umno Beluran dan juga bekas pengerusi Barisan Nasional (BN) Beluran.

“James menyerahkan borang permohonan keahlian kepadanya di kediamannya di sini, pagi Rabu. Majlis Tertinggi Upko akan memutuskan permohonan itu pada mesyuaratnya Jumaat ini, ia adalah antara isu ” yang akan dibincangkan. DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU Presiden Upko

JAMES (kanan) menyerahkan borang permohonan keahliannya kepada Madius sambil diperhatikan oleh Adun Upko Kuala Penyu Datuk Limus Jury.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.