Christina wanita kedua Timbalan Ketua Menteri Sabah

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Api Api Christina Liew menjadi wanita kedua menjadi Timbalan Ketua Menteri di Sabah selepas mengangkat sumpah jawatan itu di Istana Negeri pada Rabu.

Christina yang mengetuai Pakatan Harapan Sabah dan PKR Sabah juga dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Datuk Ariah Tengku Ahmad adalah wanita pertama yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri semasa era kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Pelantikan Christina juga dilihat sebagai respon Shafie kepada gesaan oleh pelbagai organisasi wanita untuk perwakilan wanita yang lebih baik di peringkat tertinggi pembuat dasar di Sabah.

Di bawah kerajaan negeri Shafie, turut menyaksikan pelantikan beberapa wanita sebagai pembantu menteri iaitu Jannie Lasimbang, Jenifer Lasimbang dan Norazlinah Arif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.