Utusan Borneo (Sabah)

YDKMM cadang buka Pusat Tahfiz Integrasi An-Nur di Sabah

-

KOTA KINABALU: Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) bercadang membuka Pusat Tahfiz Integrasi An-Nur di Sabah.

Pengerusi YDKMM Sabah Sittilin Salleh berkata YDKMM yang ditubuhkan di Sabah pada tahun 2015 setakat ini mempunyai seramai 39 sukarelawa­n dengan objektif membangunk­an belia untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“Tunsangatb­erminatmen­genai projek ini dan YDKMM akan melakukan lebih perbincang­an mengenai pendidikan serta pembanguna­n belia di Sabah pada masa hadapan.

“Pusat Tahfiz Intergrasi An Nur melalui anjuran YDKMM sendiri telah berjaya membuktika­n penghafala­n 30 juzuk al-Quran dalam tempoh tiga bulan dengan menggunaka­n teknik hafazan An Nur,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahirudin di Istana Negeri, pagi Khamis.

Mengulas tujuan kunjungan, Sittilin berkata ia adalah untuk memperkena­lkan YDKMM serta membentang­kan kertas kerja untuk membuka Pusat Tahfiz Integrasi An-Nur di Sabah.

Hadir sama, pengasas dan penasihat YDKMM Dr Mohd Hizul Azri Md Noor serta pengasas bersama YDKMM Fakhrullah Mawardi.

 ??  ?? JUHAR (duduk, tengah), Hizul (duduk kiri) dan Sittilin (berdiri, lima dari kiri) bergambar kenangan dengan para pegawai lain.
JUHAR (duduk, tengah), Hizul (duduk kiri) dan Sittilin (berdiri, lima dari kiri) bergambar kenangan dengan para pegawai lain.
 ??  ?? HIZUL (lima dari kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Juhar (tengah).
HIZUL (lima dari kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Juhar (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia