Utusan Borneo (Sabah)

11 rumah musnah

Kes kebakaran di Tawau dan Semporna

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Sekurangku­rangnya 11 buah rumah musnah dalam dua kes kebakaran yang berlaku di Kg Pangkalan Asli Merotai Besar di sini dan Kg Bum-Bum Semporna pada Khamis.

Utusan Borneo difahamkan, tidak ada sebarang kes kemalangan jiwa ataupun kehilangan nyawa dilaporkan namun bomba menghadapi kesukaran memadam api di Kg Bum-Bum.

Menurut kenyataan media Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kedua-dua kebakaran itu berlaku antara jam 12.40 tengah malam dan 1.15 pagi.

Dalam kes di Merotai Besar, enam rumah dilaporkan musnah dengan usaha memadam api dan mengawal kebakaran daripada terus merebak diketuai pegawai, Sharudy Delamin.

Operasi terbabit turut digerakkan bersama 16 anggota dengan dua jentera pemadam FRT, lori tangki dan EMRS selain bantuan daripada Pasukan Bomba Sukarela Merotai.

Sementara di Kg BumBum pula, sebanyak lima rumah musnah dengan operasi bomba diketuai RosmanGari­dilokasike­jadian mengalami kesukaran mendapatka­n sumber air.

Dalam operasi itu, paras air laut juga surut sehingga menyebabka­n bomba terpaksa merobohkan struktur yang berhampira­n untuk menghalang api daripada terus merebak.

Bomba turut menghantar empat anggota ke lokasi kejadian bersama Rosman dengan menaiki bot Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna yang turut disertai tiga anggota.

Sementara itu, punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian untuk kedua-dua kes kebakaran terbabit masih belum dapat dipastikan kerana siasatan masih lagi dijalankan.

“Kedua-dua kebakaran itu berlaku antara jam 12.40 tengah malam ” dan 1.15 pagi. Kenyataan media Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah

 ??  ?? KEBAKARAN yang berlaku di Kg Pangkalan Asli Merotai Besar Tawau mengakibat­kan enam rumah musnah.
KEBAKARAN yang berlaku di Kg Pangkalan Asli Merotai Besar Tawau mengakibat­kan enam rumah musnah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia