Polis rampas beg tangan, hadiah, pakaian dari kediaman Najib

Tiada sebarang dokumen diambil dalam serbuan Rabu malam

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KUALA LUMPUR:Beberapa barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah dirampas dari kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini awal Khamis.

Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal ketika ditemui sejurus keluar dari rumah itu pada kira-kira 4.20 pagi Khamis berkata, bagaimanapun tiada sebarang dokumen diambil.

Beliau berkata pihaknya percaya barangan itu diambil bagi tujuan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

“Kami percaya (pencarian) dibuat mengikut akta pengubahan wang,” katanya, sambil menambah Najib dan anggota keluarga beliau memberi kerjasama sepanjang proses pencarian dilaksanakan dan tiada tangkapan dibuat.

Setakat 8 pagi Khamis, anggota polis masih berada di lokasi.

Lebih 10 kenderaan polis termasuk trak tiba di kediaman Najib pada kira-kira 10.15 malam Rabu selepas beliau pulang daripada menunaikan solat tarawih di Masjid Kampung Baru.

Harpal berkata sebuah lagi kediaman peribadi Najib iaitu apartmen mewah di Jalan Raja Chulan turut menjadi lokasi

“Saya percaya barangan itu diambil bagi tujuan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. Kami percaya (pencarian) dibuat ” mengikut akta pengubahan wang. DATUK HARPAL SINGH GREWAL Peguam Najib

carian polis.

Polis dilihat membawa keluar beberapa barangan dan kotak yang tidak diketahui kandungannya dalam operasi yang berakhir sekitar 3 pagi.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disenaraihitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini.

Selasa lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib susulan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pakatan Harapan yang dipengerusikan Dr Mahathir menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib pada pilihan raya umum 9 Mei lepas.

SUASANA di persimpangan masuk ke rumah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipenuhi orang ramai hingga menyebabkan kesesakan lalulintas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.