Pribumi’s mahu kerajaan atasi masalah pengangguran dan peningkatan kos sara hidup

Utusan Borneo (Sabah) - - Bisnes -

KOTA KINABALU: Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (Pribumi’s) menyatakan antara perkara utama yang perlu ditangani oleh kerajaan baharu adalah melibatkan masalah peningkatan kos sara hidup dalam kalangan rakyat.

Selain itu, masalah kedua yang dihadapi ialah ketidakupayaan golongan berpendapatan rendah untuk mengekalkan kehidupan lebih baik bagi diri sendiri dan keluarga.

“Oleh itu, kerajaan baharu harus memberikan perhatian kepada masalah pengangguran agar segera ditangani dengan mencipta peluang pekerjaan dalam konteks mensejahterakan rakyat,” kata Presiden Pribumi’s Dato Abdul Tani Lo (gambar) dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pribumi’s adalah sebuah NGO yang menpunyai ramai ahli di seluruh Sabah sejak ditubuhkan sejak tahun lalu.

Pribumi’s melahirkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana dilantik Ketua Menteri Sabah baharu dan yakin kerajaan di bawah kepimpinan beliau mampumemacupembangunan serta memastikan negeri Sabah dalam keadaan yang harmoni, stabil, makmur dan berkembang maju.

Beliau berharap Kerajaan Negeri mampu menukar pesepsi negatif pihak tidak bertanggungjawab mengenai keupayaan ketua menteri dan Kabinet dalam mentadbir Sabah.

Abdul Tani yakin Shafie mampu memimpin negeri Sabah ke arah yang lebih baik dan cemerlang.

Katanya, Pribumi’s juga berharap hubungan antara negeriSabahdanKualaLumpur akan dapat diperkukuhkan lagi agar Kerajaan Persekutuan dapat menyalurkan dana kepada negeri Sabah bagi menunaikan janjinya.

Beliau menyeru semua rakyat Sabah dan Malaysia untuk bersatu padu sambil meraikan kejayaan mandat rakyat.

“Marilah kita meneruskan kerja bersama-sama kepimpinan kerajaan baharu dan berusaha ke arah kemakmuran dan kebahagiaan bersama kita semua,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.