Utusan Borneo (Sabah)

Saham Padini meningkat susulan unjuran pertumbuha­n lebih kukuh

-

KUALA LUMPUR: Saham Padini Holdings Bhd meningkat pagi semalam susulan unjuran pertumbuha­n yang lebih kukuh berbanding jangkaan.

Dalam nota kajiannya semalam, AllianceDB­S Research berkata syarikat itu berada pada kedudukan yang baik untuk meraih manfaat daripada pemulihan perbelanja­an pengguna berdasarka­n nama jenamanya yang sudah terkenal, produk berkualiti yang berbaloi dengan harga serta peluasan stor.

“Kami mengekalka­n unjuran tahun kewangan 2018 (FY18) namun meningkatk­an pendapatan FY19/FY20 sebanyak tujuh hingga lapan sen,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia