Keuntungan KLCC Property Holdings meningkat kepada RM208.67 juta

Utusan Borneo (Sabah) - - Bisnes -

KUALA LUMPUR: Keuntungan KLCC Property Holdings Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2018 meningkat kepada RM208.67 juta daripada RM203.44 juta yang dicatatkan sebelum ini.

Syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia kelmarin, berkata pendapatan juga bertambah sebanyak 2.5 peratus kepada RM345.11 juta daripada RM336.66 juta.

“Segmen pejabat yang merangkumi Menara Berkembar Petronas, Menara 3 Petronas, Menara ExxonMobil dan Menara Dayabumi mencatatkan kenaikan sebanyak 1.9 peratus dalam hasil yang berpunca daripada kadar penginapan penuh Menara ExxonMobil berbanding 60 peratus kepenghunian pada suku pertama tahun 2017 dan pembayaran balik pinjaman pada April 2017,” katanya.

Melangkah ke hadapan, KLCC Property Holdings menjangkakan prestasi keseluruhan kumpulan akan kekal stabil kerana ia akan terus mengambil peluang ke atas profil pajakan pejabat membabitkan jangka panjang.

“Segmen peruncitan ini dijangka kekal mantap walaupun dalam keadaan pasaran semasa yang mencabar, manakala prestasi hotel akan mendapat manfaat daripada bilik-bilik yang baru diubah suai,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.