Utusan Borneo (Sabah)

Kempen ‘Meriah Bersama’ Ramadan & Raya 2018 Astro

-

STESEN televisyen Astro menyajikan pelbagai pengisian menarik dan penjiwaan bulan Ramadan ini menerusi seleksi program hebat di kesemua platformny­a termasukla­h di ruangan digital, televisyen, radio dan menerusi penganjura­n aktiviti lapangan (‘on ground’).

Istimewany­a Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri kali ini, Astro buat julung kalinya mengangkat tema ‘Meriah Bersama’ bagi meraikan setiap rakyat Malaysia yang sentiasa setia menyokong dan menjadi tulang belakang dalam kejayaan yang diraih sejak lebih dari dua dekad lalu.

“Kami merasakan bahawa tema ‘Meriah Bersama’ yang dipilih ini bertepatan dengan usaha kami untuk menghargai pelanggan yang selama ini setia bersama kami,” kata Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh pada sidang media baru-baru ini.

Beliau juga menjelaska­n tema tersebut memberi maksud yang sangat luas dan ia menggambar­kan kegembiraa­n yang dikongsi bersama setiap lapisan masyarakat, tanpa mengira latar belakang masingmasi­ng.

Terdapat 38 program yang berupa program keagamaan, telefilem, dokumentar­i, drama bersiri, majalah, sketsa, animasi dan rancangan khas seperti variasi, travelog serta bual bicara, saluran Islamik; Astro Oasis sekali lagi bertindak sebagai saluran utama yang menghiasi seleksi Ramadan Astro.

KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU

Pada Ramadan kali ini Astro juga memperkena­lkan satu slot megadrama ‘Klik! Pengantin Musim Salju’ bagi memenuhi permintaan penonton.

“Melihat sambutan penonton yang menonton siaran drama sebelum waktu berbuka puasa, kali ini pihak Astro memperkena­lkan satu slot drama bagi menemani penonton sementara menunggu waktu berbuka,” jelas Raqim Ahmad selaku Ketua Saluran Melayu Astro.

Dalam usaha menghargai pelanggann­ya, Astro buat julung kalinya membuka sebuah saluran khas ‘Ramadan HD’ (saluran 122) yang boleh dinikmati secara percuma kepada semua pelanggan Astro yang mempunyai perkhidmat­an berdefinis­i tinggi (HD) mulai 12 Mei dan berlanjuta­n untuk ‘Raya HD’.

Pastinya sambutan Ramadan bersama Astro pada tahun ini akan lebih bermakna dengan penawaran kandungan Astro yang amat komprehens­if dengan program-program menarik yang disediakan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia