Utusan Borneo (Sabah)

Mahkamah arah pembebasan Zia

Selepas peguam kemuka hujah ketua pembangkan­g itu tidak sihat

-

DHAKA: Mahkamah Agung Bangladesh semalam mengarahka­n pembebasan ketua pembangkan­g berusia 72 tahun Khaleda Zia dari tahanan selepas peguamnya mengemukak­an hujah bahawa dia tidak sihat.

Dalam keputusan sebulat suara, Mahkamah Agung menegakkan keputusan mahkamah rendah untuk membebaska­n Zia dengan ikat jamin sementara dia mengemukak­an rayuan terhadap hukuman penjara selama lima tahun pada Februari lalu bagi rasuah, kata peguamnya Joynal Abedin kepada AFP.

Peguam Zia berkata mereka memberitah­u mahkamah, bekas perdana menteri sebanyak tiga kali itu, musuh utama pemimpin sekarang Sheikh Hasina, berdepan dengan risiko kesihatan yang serius jika dia terus ditahan dalam penjara.

Zia menjalani pemeriksaa­n di hospital pada bulan lepas.

Mahkamah Agung sebelum ini menggantun­g keputusan mahkamah rendah untuk memberi ikat jamin kepada Zia, yang mendorong Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) untuk mengecam tindakan itu sebagai sebahagian daripada kempen Hasina untuk membungkam­kan pembangkan­g menjelang pilihan raya kebangsaan yang akan datang.

Bagaimanap­un ia tidak segera jelas bila Zia akan dibebaskan dari penjara khas di Dhaka di mana dia adalah banduan tunggal.

Abedin berkata Zia secara rasmi dianggap berada di bawah tahanan dalam lima kes lain dan dia perlu mendapatka­n ikat jamin untuk setiap kes tersebut, yang mungkin memakan masa beberapa hari atau minggu.

“Kami harap dia akan dibebaskan tidak lama lagi,” kata Abedin.

Zia turut berdepan dengan puluhan dakwaan lain yang ada kaitan dengan keganasan dan korupsi.

Pemimpin BNP itu dipenjara selama lima tahun pada Februari lalu atas tuduhan menggelapk­an wang yang sepatutnya didermakan kepada sebuah rumah anak yatim piatu.

Zia, yang menceburi politik pada zaman 1980-an selepas suaminya yang merupakan diktator tentera dibunuh dalam satu kudeta yang gagal, dengan konsisten menepis dakwaan berkenaan sebagai bermotifka­n politik.

Partinya memulaukan pili-han raya kebangsaan pada 2014 di mana Hasina dipilih semula tetapi dijangka bertan-ding dalam pilihan raya baharu pada Disember. — AFP

 ??  ?? PEGUAM bela, Khandaker Mahbub Hossain, bercakap pada sidang media selepas Zia dibenar dibebaskan dengan ikat jamin di Mahkamah Agung di Dhaka semalam. — Gambar AFP
PEGUAM bela, Khandaker Mahbub Hossain, bercakap pada sidang media selepas Zia dibenar dibebaskan dengan ikat jamin di Mahkamah Agung di Dhaka semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia