Pelajar Senegal maut dalam pertelingkahan dengan polis

Utusan Borneo (Sabah) - - Global -

SAINT-LOUIS: Seorang pelajar Senegal maut kelmarin dalam pertelingkahan dengan polis sewaktu tunjuk perasaan untuk membantah kelewatan pembayaran geran, yang mencetuskan demonstrasi lain di universiti di seluruh negara Afrika Barat itu.

Seramai 20 orang cedera, termasuk 18 anggota polis, apabila pihak berkuasa dipanggil ke Universiti Gaston Berger, di Saint-Louis, utara Senegal.

“Malangnya, seorang pelajar maut disebabkan oleh insiden ini,” kata Menteri Dalam Negeri Ali Ngouye Ndiaye kepada stesen swasta Radio Future Media.

Pelajar tahun dua, Mohamed Fallou Sene, 25, “meninggal dunia akibat kecederaan yang dialamisatu nya”, kenyataan dari universiti berkenaan menyebut.

Sumber pelajar terdahulu memberitahu AFP, mangsa ditembak mati.

Bedah siasat telah di-arahkan untuk menentukan punca kematian.

“Dengan rasa yang amat sedih, saya menyampaikan takziah saya kepada keluarga pelajar UGB yang terkorban, Mohamed Fallou Sene,” kata Presiden Senegal Macky Sall dalam Twitter.

“Saya sudah meng-arahkan kerajaan untuk menyiasat dan mencari mereka yang bertanggungjawab.”

Menteri dalam negeri itu berkata protes pelajar pada umumnya adalah “satu masalah geran”.

Selepas tidak menerima pembayaran mereka, pelajar berkeras mahu makan di restoran universiti tanpa membuat pembayaran, yang mendorong pihak berkuasa untuk merayu kepada polis, katanya.

Menteri itu berjanji geran tersebut akan dibayar.

Selepas kematian berke-naan diumumkan, pelajar yang marah menggeledah sebuah bangunan pentadbiran di universiti berkenaan, kata seorang wartawan AFP.

Puing bertaburan di atas lantai, tingkap pecah dan pintu telah ditendang.

Demonstrasi sudah me-nular ke sekurangkurangnya empat universiti lain di seluruh negara, termasuk di Ziguinchor, Bambey dan Dakar, menurut media tempatan.

Di Universiti Cheikh Anta Diop di Dakar, beberapa ratusan pelajar berhimpun, ada yang membawa batang besi dan melontar polis dengan batu.

Demonstrasi pelajar biasa berlaku di Senegal tetapi jarang sekali menyebabkan kematian. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.