Sukan tahunan Tadika Q-dees Labuan meriah

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan -

LABUAN: Tadika Qdees Labuan (Tadika Minda Labuan) telah megadakan hari sukan tahunan bertempat di pusat JS Sport, Labuan pada minggu lepas.

Hari sukan menjadi meriah dengan adanya sokongan dari para ibubapa.

Acara dimulai dengan perarakkan rumah sukan yang terdiri daripada rumah Merah, Kuning dan Biru.

Adik Christian Marc Junior, Muhd Izz Aryan dan Qathreen Hawani sebagai pewakil membaca ikrar dengan tiga jenis bahasa yang berlainan.

Madam Louis Soon selaku Pengetua bagi Tadika Q- dees Labuan berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada para ibubapa yang turut datang bagi memeriahkan hari sukan itu.

Beliau berkata, semua peserta adalah pemenang bagi hari sukan tersebut.

Murid-murid Tadika Qdees mempersembahkan tarian senam aerobik dan tarian pom-pom yang menarik sebelum aktiviti sukan tahunan dijalankan.

Acara-acara sukan yang dilangsungkan termasuk lumba lari, lompat dalam guni, tarik tali dan sebagainya.

Semua ibu-bapa masing-masing memberi semangat kepada anakanak mereka.

Pihak tadika turut merancang untuk membuat satu kejutan bagi para ibu sempena Hari Ibu.

Sambutan dimeriahkan dengan nyanyian lagu Hari Ibu oleh murid-murid dan pengagihan bunga.

Terdapat ramai para ibu yang terharu dengan kejutan itu.

PELAJAR melompat dengan girang dalam acara melompat dalam guni.

PERSEMBAHAN senam aerobik oleh pelajar Q-dees.

SEMUA guru bersiap sedia sebelum acara di mulai.

ACARA ibu sempana Hari Ibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.