Utusan Borneo (Sabah)

KV Kudat juarai Pertanding­an Bola Sepak 9 Sebelah Kebangsaan

-

KUDAT: Pasukan Bola Sepak Kolej Vokasional (KV) Kudat mencatat kemenangan ke atas KV Kuala Krai dengan jaringan 1-0, pada perlawanan akhir Pertanding­an Bola Sepak 9 sebelah Peringkat Kebangsaan.

Pasukan yang mewakili Zon Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan itu berjaya mengalahka­n lawan di peringkat kumpulan sehinggala­h ke perlawanan akhir dalam pertanding­an yang berlangsun­g di Taiping, Perak baru-baru ini.

Perlawanan peringkat akhir yang begitu sengit memperliha­tkan keduadua pasukan buntu untuk menjaringk­an gol.

Bagaimanap­unpadaakhi­rnya perlawanan berpihak kepada pasukan KV Kudat apabila gol kemenangan muncul hasil jaringan penyerangn­ya Ahmad Fakhrurazi Hamzah melalui tandukan yang tepat memasuki gawang gol Kuala Krai.

Namun pada minit-minit akhir perlawanan KV Kuala Krai juga mendapat peluang keemasan melalui tendangan penalti tetapi berjaya diselamatk­an oleh penjaga gol KV Kudat, Hamdy Sapikit.

Dalam pada itu, pengurus pasukan Herwan Awang berkata, kejohanan yang melibatkan wakil-wakil pasukan seluruh negara itu ternyata meriah dengan kehadiran pasukan yang datang dari jauh semata-mata untuk menunjukka­n semangat kesatuan di dalam keluarga besar kolej vokasional.

“Bagi pihak KV Kudat kita bersyukur atas kejuaraan yang julung kali ini dan sudah tentulah dapat membantu menaikkan lagi nama kolej kerana bukan sahaja pelajarpel­ajar yang cemerlang di dalam sukan malahan staf juga ternyata cemerlang.

“Kita juga merakamkan penghargaa­n dan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan KV di semenanjun­gkeranamem­bantu menyediaka­n pengangkut­an sepanjang berada di Taiping selain layanan mesra,” kata beliau.

Pasukan KV Kudat itu disertai oleh Timbalan Pengarah Akademikny­a, Ahmad Fakhrurazi Hamzah yang bermain di posisi penyerang dan Ketua Unit Sukan, Hamdy Sapikit selaku penjaga gol.

Majlis penutupan kejohanan disempurna­kan oleh Pengarah KV Taiping, Kamarulzam­an Nayan, manakala kejohanan tahunan ini akan diadakan pada tahun hadapan di Kuala Krai, Kelantan. -Jabatan Penerangan

 ??  ?? KAPTEN KV Kudat, Ahmad Fakhrurazi Hamzah menerima trofi daripada pihak penganjur.
KAPTEN KV Kudat, Ahmad Fakhrurazi Hamzah menerima trofi daripada pihak penganjur.
 ??  ?? PASUKAN KV Kudat juara Pertanding­an Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat Kebangsaan.
PASUKAN KV Kudat juara Pertanding­an Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat Kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia