Utusan Borneo (Sabah)

Kadis Investment & Finance (HKG) Limited tubuh Bank Virtual

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Kadis Investment & Finance (HKG) Limited bersama kumpulanny­a akan menubuhkan Bank Virtual yang berpusat di Hong Kong.

Pengerusin­ya, Abdul Kadis Engkok berkata Bank Virtual yang juga dikenali sebagai Online Banking atau Internet Banking adalah merupakan sebuah ‘Smart Banking’ yang beroperasi tanpa cawangan fizikal.

“Cuma pejabat pusat pelanggan akan berpusat di Hong Kong,” katanya dalam satu kenyataan selepas menandatan­gani perjanjian pelaburan di Kuala Lumpur, Isnin.

Beliau menjelaska­n permohonan kini adalah dalam proses di Hong Kong Monetary Authority (HKMA) dan selewatlew­atnya beroperasi akhir bulan Ogos depan.

Abdul Kadis yang merupakan anak tempatan negeri Sabah memberitah­u antara pelabur kumpulan Virtual Bank ini adalah Kadis Investment & Finance (HKG) Ltd, TU-E Capital (Thailand) Co. Ltd dan The Chinese Elderly Cultural Industrial Foundation, China serta Hong Kong.

“Rancangan perniagaan Bank Virtural ini akan membuka cawanganny­a seluruh dunia dalam masa satu hingga tiga tahun ini,” tegasnya.

Pada majlis itu, Abdul Kadis menandatan­gani perjanjian perlaburan sebanyak USD 20 billion dengan Pengerusi TU-E Capital (Thailand) Co. Ltd, Dato Mohamad Zahari Haji Awang.

 ??  ?? ABDUL Kadis (kanan) menyerahka­n dokumen perjanjian pelaburan kepada Zahari.
ABDUL Kadis (kanan) menyerahka­n dokumen perjanjian pelaburan kepada Zahari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia