Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan rangka formula terbaik

Dalam usaha hapus rasuah

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa berkata kerajaan sedang merangka formula terbaik dalam memastikan gejala rasuah yang berlaku di negara ini dapat dikurangka­n dan seterusnya dihapuskan.

Beliau berkata sejak mengambil alih kerajaan pusat, pihaknya telah menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), memperkasa­kan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menggubal undang-undang melibatkan rasuah dan merangka kaedah pentadbira­n terbaik supaya dapat membantera­s perbuatan rasuah.

“Ini bukannya langkah pertama, dan kami telah melakukan banyak kerja untuk mencegah rasuah di negara ini… kami akan berusaha habis-habisan untuk membantera­s rasuah daripada berlaku di negara ini. Diharapkan kami sekurangku­rangnya berjaya pada tahap tertentu ke arah mencapai objektif itu,” katanya dalam sidang media selepas mengikuti taklimat GIACC di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Taklimat tertutup yang julung kali diadakan itu disertai kira-kira 160 anggota pentadbira­n kerajaan termasuk jemaah menteri serta setiausaha politik dan hampir semua anggota Parlimen Pakatan Harapan (PH).

Taklimat itu bertujuan memberi pendedahan tentang pelbagai aspek berkaitan rasuah dan usaha pencegahan buat anggota Parlimen dan anggota pentadbira­n kerajaan baharu yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) pada 9 Mei lepas.- Bernama

“Ini bukannya langkah pertama, dan kami telah melakukan banyak kerja untuk mencegah rasuah di negara ini… kami akan berusaha habis-habisan untuk membantera­s rasuah daripada berlaku di negara ini. Diharapkan kami sekurang-kurangnya berjaya pada tahap tertentu ke arah mencapai objektif itu, ” TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri

 ??  ?? DR MAHATHIR (tengah) pada Program Taklimat Governans, Integriti dan Anti Rasuah di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa.Turut hadir (dari kiri) Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah ( GIACC) Tan Sri...
DR MAHATHIR (tengah) pada Program Taklimat Governans, Integriti dan Anti Rasuah di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa.Turut hadir (dari kiri) Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah ( GIACC) Tan Sri...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia