Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sedang teliti strategi ringankan kos sara hidup rakyat

-

LABUAN: Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail komited dalam merancang strategi untuk meringanka­n kos sara hidup rakyat melalui polisi-polisi yang bakal digubal oleh KPDNHEP.

KPDNHEP merupakan kementeria­n yang dipertangg­ungjawab dalam menjaga hakhak rakyat sebagai pengguna dari segi penguranga­n kos sara hidup di samping kerajaan juga turut merencana meringgank­an kos kehidupan yang lain seperti perumahan, utiliti, pendidikan, pengangkut­an dan kesihatan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Labuan dan menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri parti itu di sini, Ahad lepas.

Beliau yang juga merangkap Setiausaha Agung PKR berkata strategi yang akan dibuat pada masa sekarang di bawah kepimpinan­nya akan memfokuska­n dari segi pendidikan kepada rakyat dan pihak berkepenti­ngan terhadap hak-hak mereka sebagai pengguna.

“Pertubuhan-pertubuhan pengguna akan dilibatkan dengan lebih agresif untuk menerangka­n hak dan kuasa yang ada pada pengguna,” katanya.

Saifuddin juga turut menasihati para peniaga agar mengamalka­n etika perniagaan yang baik yang mana peniaga juga mempunyai peranan dalam menjalanka­n perniagaan yang baik dan tidak berorienta­sikan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan kepada pengguna,” katanya lagi.

Beliau menambah untuk mengurangk­an kos sara hidup ianya harus melibatkan kesemua pihak yang berkepenti­ngan sementara kerajaan mengawal polisi dan pihaknya akan lebih telus dalam menjalanka­n tanggungja­wab dan tidak akan berkomprom­i sama sekali terhadap amalan dan perlakuan rasuah.

“Saya baru seminggu mengangkat sumpah dan telah menghadiri mesyuarat kerajaan bersama Tun Dr Mahathir di mana beliau menekankan peri pentingnya kami bertindak sebagai kerajaan baharu untuk menjauhi amalan rasuah,” tambah Saifuddin lagi.

Setiausaha Agung PKR itu juga turut berkata beliau memerlukan sedikit masa untuk mengumumka­n dasar dan polisi baharu dalam kementeria­nnya di mana buat masa sekarang kementeria­nnya akan meneruskan kesinambun­gan pada dasar-dasar lama sehinggala­h beliau akan membuat pengumuman polisi yang berkaitan dalam masa terdekat ini,” ujarnya.

Turut hadir, Ketua Cabang PKR Labuan Simsudin Sidek serta barisan kepimpinan PKR Labuan dan Sabah.-Penerangan Labuan.

 ??  ?? FOTO kenangan bersama kepimpinan PKR Labuan.
FOTO kenangan bersama kepimpinan PKR Labuan.
 ??  ?? SAIFUDDIN (kiri) melakukan gimik perasmian pejabat Parti PKR Labuan.
SAIFUDDIN (kiri) melakukan gimik perasmian pejabat Parti PKR Labuan.
 ??  ?? SIMSUDIN (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Saifuddin.
SIMSUDIN (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Saifuddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia