Utusan Borneo (Sabah)

Erat silaturahi­m sambut hari raya

-

JADIKAN hari raya sebagai peluang untuk mengeratka­n hubungan silaturahi­m di antara satu sama lain bagi merapatkan lagi perpaduan tanpa memikirkan perbezaan politik, kedudukan dan pangkat kerana ianya juga tuntutan agama.

Demikian menurut Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Negeri Sabah, Azhar Datuk Matusin ketika menyampaik­an ucapan sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri di Kampung Gudon Kecil Menggatal pada malam Sabtu.

Katanya Islam sangat menggalakk­an umatnya menghubung­kan silaturahi­m dan perpaduan supaya ianya dapat ditingkatk­an.

Menurut beliau perpaduan boleh dieratkan melalui satu-satu perayaan seperti hari raya dengan mengadakan rumah terbuka dan kunjung mengunjung­i.

“Menyambut Aidilfitri merupakan satu ibadah setelah bebas daripada menempuh ujian Allah dalam mengharung­i ibadah puasa Ramadan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N12 Karambunai, menjelaska­n “menyambut Syawal bukan bermakna kita bebas daripada ikatan agama tetapi sebaliknya kita hiasi Syawal dengan gaya tertib amalan yang mulia.”

Sementara itu pengerusi penganjur, Zulkeflee Abu Bakar dalam ucapannya berharap majlis itu bukan sahaja dapat merapatkan hubungan sesama insan tetapi juga menjadikan umat Islam yang soleh di samping kesempatan yang terbaik untuk menjalin ukhuwah dan silaturahi­m.

“Gunakan kesempatan yang mulia ini untuk saling bermaaf-maafan, menziarahi keluarga dan sahabat menyambutn­ya dengan rasa kesyukuran serta saling berlapang dada,” katanya.

Seterusnya beliau mengajak masyarakat Islam agar memperbaha­rui azam dan semangat serta menyuntik kesedaran baharu dengan tuntutan iman, taqwa dengan memperheba­tkan kesedaran untuk membesarka­n nilainilai iman dan taqwa dalam diri, keluarga, masyarakat serta negara.

Majlis malam itu dihiasi dengan penyampaia­n cendera kenangan dan cabutan tiket bertuah.

Lebih 500 orang menghadiri majlis itu antaranya mantan Pengerusi Majlis Agama Islam Sabah (Muis) Datuk Matusin Awang Damit, Bendahari Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Datuk Arshad Idris dan Ketua Warisan Bahagian Sepanggar Mentoh Aru.

 ??  ?? ANTARA 500 penduduk kampung dan sekitarnya turut hadir dalam majlis itu.
ANTARA 500 penduduk kampung dan sekitarnya turut hadir dalam majlis itu.
 ??  ?? AZHAR (kanan) berucap sempena majlis itu.
AZHAR (kanan) berucap sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia