Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak berupaya urus minyak, gas dengan baik

Penguatkua­saan OMO58, Ordinan Pengagihan Gas 2016 pastikan ia dibangun secara mapan

-

KUCHING: Penguatkua­saan Ordinan Perlombong­an Minyak 1958 (OMO58) dan Ordinan Pengagihan Gas 2016 di Sarawak bermula 1 Julai lepas dipercayai akan memastikan sumber galian itu dapat dibangunka­n secara mapan serta berhemah untuk masa depan rakyat Sarawak.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau juga yakin Kerajaan Sarawak berupaya menguruska­n dua sumber semula jadi itu dengan baik.

“Penubuhan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) amat bertepatan dengan usaha kerajaan menguruska­n

“Penubuhan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) amat bertepatan dengan usaha kerajaan menguruska­n pembanguna­n industri minyak dan gas Sarawak.”

TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD

Yang di-Pertua Negeri pembanguna­n industri minyak dan gas Sarawak.

“Ini selaras dengan aspirasi Sarawak untuk menjadi hab industri minyak dan gas yang terunggul di rantau ini serta bekerjasam­a dengan Petronas demi kepentinga­n negara amnya dan Sarawak khasnya,” katanya berucap merasmikan Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, pada Isnin.

Beliau menekankan agar hak persempada­nan Sarawak terutama sempadan maritim dipelihara dan dipertahan­kan.

Katanya, ia penting agar minyak dan gas dapat dibangunka­n dan diurus untuk faedah dan kemakmuran Sarawak.

“Usaha Kerajaan Sarawak dalam memperjuan­gkan hak dan autonomi Sarawak daripada kerajaan persekutua­n perlu mendapat sokongan padu seluruh rakyat Sarawak,” ujarnya.

Malah beliau menaruh keyakinan terhadap keupayaan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam memimpin negeri ini ke arah kemajuan pesat.

 ??  ?? TUN TAIB memeriksa kawalan kehormat sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke18.
TUN TAIB memeriksa kawalan kehormat sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke18.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia