Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia masih destinasi menarik pelabur asing

-

KUALA LUMPUR: Malaysia, di bawah kerajaan baharu, dijangka terus menjadi destinasi menarik untuk pelabur asing melabur antaranya kerana kos modal hartanahny­a yang masih rendah, kata Pengasas dan Pengerusi Country Heights Holdings Bhd (CHHB), Tan Sri Lee Kim Yew.

Lee berkata, hartanah masih merupakan faktor penting sewaktu pelabur membuat keputusan berkenaan pelaburan langsung asing (FDI) dan mana-mana perniagaan yang mahu memulakan operasi mereka.

“Nilai hartanah di Malaysia adalah antara yang masih murah di rantau ini dan akan terus menjadi daya penarik kepada pelabur asing. Bagi memulakan perniagaan, kos modal, terutamany­a untuk hartanah, masih merupakan faktor penting.

“Selagi kerajaan meneruskan dasar mesra perniagaan yang mengalu-alukan pelabur asing untuk melabur di Malaysia, saya percaya masa depan negara untuk terus menerima FDI adalah memberangs­angkan,” kata Lee kepada pemberita di luar acara Sidang Kemuncak Kepimpinan Disruptif ASEAN 2018, di sini kelmarin.

Beliau berkata, aspek bakat berkemungk­inan telah mengatasi kepentinga­n keperluan industri berintensi­fkan buruh dalam membuat keputusan berkenaan FDI.

“Bakat boleh dibentuk sama ada menerusi pendidikan di Malaysia, atau kaedah paling pantas adalah dengan menarik bakat dari luar negara.

“Oleh itu saya menyokong cadangan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) yang mahu memberi kerakyatan kepada pakar IT asing untuk bekerja di Malaysia baru-baru ini,” katanya, sambil menambah bakat Malaysia yang tinggal di luar negara telah mula menunjukka­n minat untuk kembali berkhidmat untuk negara.

Sementara itu, Lee menggesa sektor swasta tempatan untuk memanfaatk­an sepenuhnya kepelbagai­an budaya Malaysia, bersedia menghadapi perubahan dan gangguan baharu sama ada dari dalam atau luar negara, untuk dapat terus bertahan dalam perniagaan dan berkembang.

“Kita mesti menggunaka­n teknologi di era digital ini. Gunakan Malaysia sebagai platform, teruskan asas perniagaan di sini, berkembang ke peringkat serantau dan kemudian global,” katanya.

Lee berkata, menerusi perubahan dan inovasi, CHHB dapat kekal relevan ke hari ini dan mencapai kejayaan besar dengan beberapa projek berjaya merangkul anugerah.

CHHB, konglomera­t sektor hartanah yang tersenarai di Bursa Malaysia sejak 1994, telah mempelbaga­ikan aktivitiny­a merangkumi pembanguna­n hartanah dan pelaburan, pengurusan hotel dan resort, penjagaan kesihatan, pengurusan acara dan pameran, pendidikan, pelanconga­n dan pemasaran keanggotaa­n, dengan nilai gabungan aset melebihi AS$450 juta setakat 31 Disember, 2017. (AS$1 = RM4.03). — Bernama

 ??  ?? LEE (kanan) ketika sidang media selepas Sidang Kemuncak Kepimpinan Disruptif ASEAN 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, kelmarin. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Shapers Malaysia Mohammad Shukri Abdullah. — Gambar Bernama
LEE (kanan) ketika sidang media selepas Sidang Kemuncak Kepimpinan Disruptif ASEAN 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, kelmarin. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Shapers Malaysia Mohammad Shukri Abdullah. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia