Utusan Borneo (Sabah)

MATRADE galak lebih ramai ushawan terokai pasaran luar negara

-

KOTA BHARU: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) mahu lebih ramai usahawan di Kelantan, Terengganu dan Pahang mendaftar sebagai anggota agensi itu memandangk­an setakat ini hanya ada 478 usahawan berbuat demikian.

Pengarah Kanan Bahagian Transforma­si dan Perdaganga­n Digital MATRADE, Amran Yem berkata, jumlah itu amat kecil iaitu hanya 2.2 peratus daripada keseluruha­n 21,405 syarikat dalam senarai agensi itu sekarang ini.

“Kita dapati ramai usahawan masih merasa segan dan teragak-agak mendekati Matrade memandangk­an ia memfokus kepada aktiviti promosi perdaganga­n di peringkat global,” katanya kepada pemberita di Seminar Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Global@KB di sini, kelmarin.

Seminar terbabit adalah kesinambun­gan daripada beberapa inisiatif MATRADE sebelum ini di Kelantan bagi mengetenga­hkan peluang dan strategi mengakses pasaran global serta kemudahan yang disediakan untuk syarikat Malaysia.

Amran berkata, sikap sedemikian tidak sepatutnya wujud kerana usahawan yang menjadi anggota MATRADE berpeluang mendapat bimbingan untuk menjadi pengekspor­t termasuk nasihat perdaganga­n, program pembanguna­n pengekspor­t, promosi eksport dan maklumat pasaran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia