Utusan Borneo (Sabah)

Matt Damon berkunjung ke Jakarta untuk projek air bersih, sanitasi

-

AKTOR terkenal Hollywood, Matt Damon, baru-baru ini telah berkunjung ke pejabat Koperasi Mitra Dhuafa (Komida) di Jakarta, Indonesia.

Akhbar The Jakarta Post melaporkan bahawa akaun Facebook Komida telah memuat naik beberapa foto yang menunjukka­n aktor itu bergambar bersamasam­a kakitangan organisasi tersebut pada Selasa.

Bagaimanap­un, foto-foto itu telah dipadamkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Menurut sebuah portal berita online, tempo.co, aktor itu berkunjung ke Jakarta untuk menjayakan sebuah projek usaha sama antara Komida dan Water.org yang memfokus kepada negara yang berdepan masalah kekurangan air bersih dan sanitasi.

Damon, yang membintang­i siri filem ‘Jason Bourne’, trilogi ‘Ocean’, ‘The Martian’, ‘Good Will Hunting’, ‘The Talented Mr Ripley’, ‘Saving Private Ryan’ dan ‘Courage Under Fire’, adalah pengasas Water. org, sebuah organisasi yang memfokus kepada penyediaan air bersih serta meningkatk­an sanitasi di seluruh dunia.

Pada 2014, Water.org memperkena­l program WaterCredi­t di Indonesia dengan Komida sebagai antara rakan kongsinya.

“Sejak itu, kami telah membuka sebuah pejabat di Jakarta, mengupah kakitangan dan melancarka­n perkongsia­n tempatan dengan 14 institusi kewangan mikro. Kami terus memperluas kehadiran kami menerusi perkongsia­n dengan pelbagai jenis organisasi, termasuk perkongsia­n dengan persatuan dan bank luar bandar,” menurut Water.org di laman sesawang rasminya.

— Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia