Utusan Borneo (Sabah)

DBKK teruskan sokongan acara Larian Amal 7K

-

KOTA KINABALU: Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Yeo Boon Hai bakal melepaskan larian kedua acara Larian Amal 7K tahun ini.

Acara tahunan kali ke-18 itu bakal diadakan pada 28 Julai 2018 bermula jam 5.17 petang.

Pengurus Besar Sutera Harbour Golf & Country Club Rick Blackie baru-baru ini mengadakan kunjungan hormat kepada Yeo bagi memaklumka­n perkara itu.

Pihaknya sentiasa menerima sokongan kuat daripada DBKK dalam memastikan penganjura­n acara amal itu berjaya dilaksanak­an.

Beliau turut memaklumka­n Yeo tentang beberapa kumpulan baharu yang mendaftar bagi acara itu.

Ia termasukla­h Harrisons Sabah Sdn Bhd, Suria Sabah, Ikhlas Perunding, Axtrada (Malaysia) Sdn Bhd, Hospital Queen Elizabeth (HQE), KFC, West Coast Taxi Associatio­n, dan Borneo Housing Mortgage Finance Berhad.

Pendaftara­n Larian Amal 7K masih dibuka di lobi Sutera Harbour Marina & Country Club- daily bermula jam 8 pagi hingga 8.30 malam atau memuat turun borang pendaftara­n melalui laman web www. suteraharb­our.com/7k-charity-run.

 ??  ?? YEO (tengah) bersama Rick (dua kanan) menunjukka­n baju Larian Amal 7K selepas kunjungan hormat itu.
YEO (tengah) bersama Rick (dua kanan) menunjukka­n baju Larian Amal 7K selepas kunjungan hormat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia