Utusan Borneo (Sabah)

Croatia tidak akan melangkah sejauh ini tanpa Modric

-

MOSCOW, Rusia: “Kami sentiasa mendengar soalan yang sama dan kami memberikan jawapan yang sama”, kata pemain Croatia, Ivan Perisic minggu lepas.

Setiap kali seorang pemain Croatia hadir di hadapan media di Piala Dunia ini, beliau tahu satu soalan tentang Modric dan setiap kali jawapannya menggambar­kan rasa kagum dengan kapten mereka.

Modric, 23, beraksi cemerlang untuk membawa pasukannya ke peringkat separuh akhir Piala Dunia di mana mereka akan menentang England (2 am Khamis), dengan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan sebanyak tiga kali dari lima perlawanan.

Modric menjaringk­an dua gol di Rusia, termasuk satu gol cantik ketika menewaskan Argentina 3-0 pada perlawanan pusingan pertama dan dua gol pada penentuan tendangan penalti menentang Denmark di pusingan kedua dan Rusia di suku akhir.

Ketenangan dipamerkan oleh bintang kelab Real Madrid itu ketika menentang Denmark paling mencuri perhatian – di mana selepas gagal menyempurn­akan tendangan penalti pada masa tambahan, beliau masih mengambil tendangan penalti beberapa minit kemudian.

Selepas sekali lagi membantu Real Madrid memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara dengan menewaskan Liverpool di final pada bulan Mei, Modric hampir pasti memenangi anugerah Ballon d’Or jika beliau boleh membimbing Croatia memenangi Piala Dunia.

“Saya sudah mengenali Luka untuk beberapa tahun, bukan hanya dalam pasukan kebangsaan. Kami bermain di peringkat kelab yang sama juga,” kata penyerang Mario Mandzukic, yang bermain bersama Modric di Dinamo Zagreb satu dekad yang lalu sebelum Modric menyertai Tottenham Hotspur. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia