Utusan Borneo (Sabah)

Tiga pelajar cedera, termometer pecah di makmal sekolah

Termometer pecah di makmal sekolah

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Tiga pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Elopura di sini cedera selepas sebatang termometer pecah di makmal sekolah itu, petang Rabu.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan Anddre Andrew berkata tujuh anggota bersama dua logistik dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 3.04 petang.

Katanya, pasukan bomba bertindak membersihk­an sisa merkuri dengan menggunaka­n serbuk sulfur sebelum dimasukkan ke dalam beg pelupusan dan diserahkan kepada pihak sekolah untuk tujuan pelupusan.

Pemeriksaa­n dijalankan bagi memastikan tiada kemerbahay­aan lain manakala, tiga mangsa yang terlibat telah mendapat rawatan awal di lokasi sebelum dihantar ke hospital.

Difahamkan, ketika kejadian ketiga-tiga pelajar itu sedang menggunaka­n termometer dan meletakkan­nya di atas meja lalu terjatuh dan pecah.

Dalam kejadian berasingan, sebuah bangunan jenis kekal yang merupakan tempat persalinan dan menempatka­n tilam di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 3 dilaporkan terbakar, petang Rabu.

Anddre berkata, 15 anggota bersama tiga logistik dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.34 petang.

Pasukan bomba bertindak membuat pemadaman dan kebakaran bangunan dengan anggaran keluasan 30x20 kaki itu dapat dikawal setengah jam kemudian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat.

 ??  ?? BANGUNAN jenis kekal SK Sungai Anib yang terbakar.
BANGUNAN jenis kekal SK Sungai Anib yang terbakar.
 ??  ?? KEADAAN dalam bangunan SK Sungai Anib yang terbakar.
KEADAAN dalam bangunan SK Sungai Anib yang terbakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia