Utusan Borneo (Sabah)

K3M perlu dimiliki komuniti maritim di Esszone untuk bantuan kecemasan

-

Ganesh berkata aplikasi dibangunka­n TLDM bersama Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) itu yang disasarkan dimuat turun 70,000 kali pada tahun ini, dilengkapi dengan tiga bahasa iaitu Melayu, Cina dan Inggeris selain maklumat terkini dunia maritim.

Katanya, meskipun aplikasi itu masih di peringkat awal penggunaan­nya dan masih kurang sambutan, ia akan terus dipertingk­atkan agar mesra pengguna.

“Kalau ada keperluan untuk tambah bahasa lain, akan ditambah dan setakat ini K3M telah diakses kira-kira 50 peratus komuniti maritim di Malaysia sejak dilancarka­n tahun lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Ganesh berkata selain K3M, TLDM ketika ini turut memperkena­lkan ‘Sea Alert’ kepada persatuan kapal-kapal Malaysia.

“Sea Alert dipasang pada desktop kapal serta kami telah jalankan simulasi dan selepas itu ada kejadian sebenar berlaku, dapat ditangani segera,” katanya.

Sementara itu, pihaknya dalam proses turun padang bagi menerangka­n aplikasi K3M serta Sea Alert kepada komuniti maritim.

“Kapal-kapal kami yang membuat rondaan akan berjumpa nelayan, penduduk pulau dan pelancong untuk menerangka­n bagaimana fungsi aplikasi ini,” katanya.

Beliau berkata aplikasi itu memudahkan proses laporan dan penyaluran maklumat bagi memelihara kesejahter­aan orang awam khususnya yang melibatkan aktiviti di laut.

Aplikasi K3M yang bersaiz 13.41mb dilancarka­n pada Pameran Aeroangkas­a dan Maritim Antarabang­sa Langkawi pada Mac 2017 boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia