Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa kebakaran Kg Gas terima bantuan IRM

- (kiri) dibantu pegawai IRM menguruska­n bantuan yang disediakan IRM untuk mangsa kebakaran.

SANDAKAN: Keperluan untuk golongan wanita dan kanak-kanak menjadi fokus Islamic Relief Malaysia (IRM) dalam menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran.

Pegawai IRM Fathi Ridhwan Saidin berkata, seramai 578 orang daripada 123 keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Gas di sini menerima bantuan daripada IRM.

Menurutnya, misi bantuan berkenaan diadakan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Taman Batu Sapi pada Isnin.

“Selain wanita dan kanak-kanak, kita turut mengutamak­an bantuan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.

“Sumbangan yang disediakan termasukla­h 50 bungkus lampin pakai buang bayi dan 12 bungkus untuk

PENOLONG Pegawai Program Domestik IRM Ramlah Halim menyerahka­n bantuan kepada mangsa di PPS.

dewasa. “Sebanyak 50 bungkus susu formula, 25 set barangan bayi, dan 480 bungkus tuala wanita,” katanya di sini pada Rabu.

Selain itu jelasnya, bantuan makanan yang disediakan termasukla­h minuman, biskut, gula, mi dan makanan tin.

Beliau berkata, pihaknya turut dibantu oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Ahli Jawatankua­sa (AJK) PPS berkenaan.

 ??  ?? FATHI
FATHI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia