Utusan Borneo (Sabah)

Program taklimat format baharu Pemeriksaa­n Perubatan Pekerja Asing Fomema di seluruh Semenanjun­g

-

KUALA LUMPUR: Agensi Pemantauan dan Pemeriksaa­n Perubatan Pekerja Asing (Fomema) menganjurk­an Program Bersama Majikan di enam lokasi seluruh Semenanjun­g berhubung garis panduan baharu pemeriksaa­n perubatan pekerja sebagai langkah meningkatk­an keberkesan­an operasinya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Mohd Hatar Ismail dalam satu kenyataan berkata program itu merangkumi sesi taklimat secara menyeluruh berikutan pelaksanaa­n format baharu bagi pemeriksaa­n kesihatan pekerja asing yang diluluskan kerajaan berkuat kuasa Januari tahun ini.

“Program di lokasi pertama telah diadakan selama setengah hari di Pusat Alumni Universiti Malaya dengan dihadiri lebih 100 majikan pekerja asing dari Selangor dan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur.

“Seterusnya tumpuan akan diberikan di Melaka, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuantan sehingga September tahun ini dalam mencapai operasi yang lebih cekap, memenuhi matlamat perkhidmat­an pelanggan agensi,” katanya.

Mohd Hatar berkata program berkenaan juga bertujuan memberi makluman dan penerangan mengenai pelaksanaa­n Sistem Integrasi Biometrik dalam pemeriksaa­n perubatan Fomema yang juga dimulakan tahun ini.

Katanya pada masa sama, sesi penerangan berkenaan turut menekankan kepada majikan tentang kepentinga­n penggunaan kemudahan pendaftara­n pemeriksaa­n perubatan Fomema secara dalam talian di https:// portal.fomema.my/ yang dilancarka­n sejak 2016 serta beroperasi selama 24 jam setiap hari.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia