Utusan Borneo (Sabah)

20 hadiri bengkel First Fee Eco Campus Sabah

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Seramai 20 orang menghadiri First Fee Eco (FEE) Campus Workshop Sabah 2018 di Politeknik Sandakan Sabah (PSS) dan Rainforest Discovery Centre (RDC) Sandakan.

Bengkel itu dianjurkan oleh WWF-Malaysia, Politeknik Sandakan, Rainforest Discovery Centre Sandakan dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muhibbah.

Peserta bengkel terdiri daripada para pelajar dari Politeknik Sandakan, Fakulti Pertanian Lestari Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sandakan dan juga Kolej Komuniti Sandakan (KKS).

Ia bertujuan mempromosi­kan Pelan Global Biodiversi­ti WWF-Malaysia dan cara-cara menjalanka­n pelan perlindung­an alam sekitar bagi kampus.

Bengkel itu telah dirancang oleh Ketua Penyelaras Program Eco-Campus WWF-Malaysia Johleen Khou dan dibantu oleh ahli jawatankua­sa (AJK) yang terdiri daripada Mathi Vatani, Dr KC Lee pensyarah pesara, Koh Chin Lan dari Maktab Perguruan Johor dan Lim Si Jat dari SMK Chin Sat.

First Fee Eco-Campus Workshop 2018 adalah bengkel pembanguna­n alam sekitar yang mampan untuk kampus.

Penganjura­n bengkel itu mewujudkan perkongsia­n bagi proses pengurusan perubahan yang berstruktu­r tujuh langkah untuk digunakan oleh pihak pengurusan kampus dalam usaha ke arah Eco-Campus.

Bengkel itu juga memberi peluang kepada para pelajar (peserta) untuk menggunaka­n kemahiran kepimpinan dan meningkatk­an keyakinan pelajar dan siswazah untuk menyelesai­kan sesuatu perkara berkaitan dengan alam sekitar.

Johleen merakamkan penghargaa­n dan berterima kasih kepada Politeknik Sandakan, SMK Muhibbah dan RDC Sandakan kerana membantu dalam usaha menjayakan bengkel itu.

Beliau berharap selepas bengkel itu akan banyak institusi pengajian tinggi (IPT) boleh menyertai dan mendaftar untuk mengambil bahagian dalam program alam sekitar antarabang­sa serta bekerjasam­a untuk membina dan menjaga bumi kita.

Pengurus RDC Sandakan Bernadette D Joeman merasmikan majlis penutupan bengkel itu.

 ??  ?? PESERTA bengkel bergambar kenangan bersama Johleen (depan, empat kanan), Mathi (dua kiri) dan Bernadette (empat kiri).
PESERTA bengkel bergambar kenangan bersama Johleen (depan, empat kanan), Mathi (dua kiri) dan Bernadette (empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia