Utusan Borneo (Sabah)

Pengalaman ngeri 12 remaja dan jurulatih berakhir

-

CHIANG RAI: Usaha dramatik untuk menyelamat­kan 12 orang budak dari sebuah gua Thai yang dimasuki air menamatkan pengalaman ngeri selama dua minggu di mana kebanyakan mereka seakanakan telah menempuhin­ya dengan ketahanan fizikal dan mental yang menakjubka­n – sekurang-kurangnya buat masa sekarang.

Walaupun terperangk­ap selama berhari-hari dalam kegelapan sebuah ruang yang sempit dan sebahagian­nya ditenggela­mi air, keadaan psikologi budak-budak terbabit “sangat bagus”, kata Thongchai Lert wila ira t ana p ong, Inspektor Jeneral Kementeria­n Kesihatan Awam, kepada pemberita semalam, dan menambah mereka kini “bebas daripada tekanan”.

Penilaian yang positif itu mengejutka­n memandangk­an budak-budak terbabit dan jurulatih bola sepak mereka pada mulanya hidup selama lebih seminggu dalam keadaan gelap-gelita di atas belebas yang sempit – dan hari-hari yang berlalu diselubung­i kelaparan dan kebimbanga­n bahawa mereka mungkin tidak akan dijumpai.

Apabila mereka akhirnya diselamatk­an, ia melibatkan pengeluara­n yang amat berbahaya – dibimbing satu per satu, menggunaka­n peralatan penafasan bawah air, menerusi beberapa bahagian dalam terowong sempit yang jauh dan ditenggela­mi air.

Walaupun penilaian kesihatan adalah positif setakat ini, pakar berkata semua mereka perlu dipantau dengan ketat bagi tanda masalah psikologi yang mungkin memakan masa beberapa bulan untuk muncul.

“Perjalanan mereka belum lagi berakhir,” kata Jennifer Wild, seorang pakar psikologi klinikal di Pusat Trauma dan Masalah Kegelisaha­n Oxford.

“Ada kemungkina­n selepas pengalaman sedemikian bahawa penunjuk yang sama akan membawa balik perasaan atau memori dari trauma itu … berada dalam kegelapan, berada dalam bilik ketika pintu ditutup, menjalani imbasan seperti MRI dan mungkin berenang,” kata Wild menerusi pangkalan data pakar Pusat Media Sains.

“Dalam tempoh beberapa minggu selepas pengalaman sedemikian, ia adalah lumrah bagi orang untuk mengalami imbasan semula, perasaan dan memori yang tidak diingini,” kata Wild, yang menambah sementara simptom sedemikian biasanya hilang selepas sebulan, ia mungkin masalah tekanan pasca tekanan traumatik (PTSD).

Budak-budak berkenaan dijangka ditahan di hospital selama seminggu Chiang Rai dan dikenakan pemantauan psikologi selama enam bulan.

Doktor berkata tempoh kuarantin selama seminggu perlu bagi memastikan mereka tidak mengalami sebarang jangkitan dari dalam gua, tetapi ibu bapa dibenarkan untuk melawat kumpulan pertama dengan mengenakan pakaian pelindunga­n kelmarin.

Tetapi selepas mereka disatukan semula sepenuhnya dengan keluarga mereka dan dibenarkan pulang dari hospital, pemulihan mereka akan sentiasa menjadi proses yang berterusan – terutamany­a dalam jangka pendek.

“Mereka mungkin menjadi takut, suka melekat, atau gugup,” kata Andrea Danese, seorang pakar psikologi di Kolej King, London.

“Mereka mungkin takut untuk keselamata­n mereka; mereka mungkin menjadi sangat muram atau mudah marah – atau sebaliknya, menjadi terasing atau kaku,” ujarnya.

Budak-budak berkenaan – semua anggota pasukan bola sepak yang sama – mungkin telah dibantu untuk mengharung­i pengalaman mereka oleh hakikat bahawa mereka sudah pun menjadi satu unit dan bukan sekumpulan orang asing.

“Perkara penting adalah membantu satu sama lain, kembali ke sekolah dan pulang ke dalam masyarakat mereka,” kata Boonruang Triruangwo­rawat, ketua pengarah Jabatan Kesihatan Mental di Kementeria­n Kesihatan Thai.

Wild menegaskan bahawa keremajaan dan semangat kolektif budak-budak terbabit juga mungkin telah memberikan kelebihan kepada mereka dari segi memproses apa yang mereka telah lalui. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? SEKUMPULAN pelajar bersorak riang di hadapan hospital Chiang Rai Prachanukr­oh di mana 12 anggota pasukan bola sepak dan seorang jurulatih mereka yang diselamatk­an dari gua Tham Luang sedang dirawat, di utara wilayah Chiang Rai, Thailand semalam. — Gambar Reuters
SEKUMPULAN pelajar bersorak riang di hadapan hospital Chiang Rai Prachanukr­oh di mana 12 anggota pasukan bola sepak dan seorang jurulatih mereka yang diselamatk­an dari gua Tham Luang sedang dirawat, di utara wilayah Chiang Rai, Thailand semalam. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia