Utusan Borneo (Sabah)

Militan serbu pejabat pendidikan Afghan

Serangan yang berterusan mengorbank­an dua nyawa, beberapa guru terperangk­ap

-

“Pengebom itu menyasari pasukan keselamata­n Afghan ketika dia meletupkan diri. Sepuluh orang awam turut terkorban. IS mengaku melancarka­n serangan itu menerusi agensi propaganda­nya Amaq.

JALALABAD: Lelaki bersenjata menyerbu pekarangan jabatan pendidikan di timur Afghanista­n yang bergolak semalam dan bertempur dengan pasukan keselamata­n dalam satu serangan berterusan yang mengorbank­an sekurang-kurangnya dua orang, kata pegawai.

Sembilan lagi cedera dalam serangan kedua di kota Jalalabad dalam tempoh dua hari, dan beberapa pekerja terperangk­ap di dalam bangunan, kata jurucakap gabenor wilayah Nangarhar, Attaullah Khogyani, kepada AFP.

Pasukan keselamata­n cuba mengusir anggota militan dari pekarangan berkenaan dan menyelamat­kan pekerja. Ia tidak jelas berapa ramai lelaki bersenjata atau pekerja berada di dalam.

Bunyi tembakan disusuli “letupan besar” yang memecah tingkap memberi amaran kepada Qari Samiullah bahawa satu serangan sedang berlaku dekat kedainya.

“Saya meninggalk­an kedai saya dan lari apabila saya mendengar letupan kedua,” kata Samiullah kepada AFP.

“Asap keluar dari bangunan dan semua orang mula lari.”

Seorang pengawal keselamata­n yang bekerja di cawangan jabatan pendidikan itu turut terkorban, kata Khogyani.

Pengarah kesihatan Jalalabad, Na- jibullah Kamawal, mengesahka­n lima orang yang cedera sudah dibawa ke hospital setakat ini.

Belum ada pihak mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan itu.

Guru tempatan telah menghantar keputusan peperiksaa­n dari sekolah mereka ke pejabat tersebut ketika lelaki bersenjata melakukan serangan, kata jurucakap jabatan pendidikan wilayah Asif Shinwari kepada AFP.

“Beberapa guru berada di dalam bangunan,” ujar Shinwari.

Jabatan pendidikan Jalalabad turut diserang oleh lelaki bersenjata tepat sebulan lalu. Sekurang-kurangnya 10 orang cedera.

Ibu kota wilayah Nangarhar menyaksika­n peningkata­n dalam keganasan sejak beberapa minggu lalu, dan kumpulan Daesh (IS) mengaku melancarka­n keba-nyakan serangan tersebut.

Kelmarin satu serangan bunuh diri di kota itu mengorbank­an sekurang kurangnya 12 orang dan membakar sebuah stesen minyak berdekatan, dan saksi menceritak­an tentang mangsa menjerit yang “ditelan” oleh api.

Pengebom itu menyasari pasukan keselamata­n Afghan ketika dia meletupkan diri. Sepuluh orang awam turut terkorban.

IS mengaku melancarka­n serangan itu menerusi agensi propaganda­nya Amaq.

Siri serangan bom bunuh diri yang menyebabka­n banyak kematian di wilayah itu berlaku ketika tentera Amerika Syarikat (AS) dan Afghan meneruskan operasi serangan ke atas kumpulan tersebut.

Salah satu serangan paling berdarah adalah pada 1 Julai lepas apabila seorang pengebom bunuh diri meletupkan diri di kalangan sekumpulan orang Hindu dan Sikh Afghan di Jalalabad, dan membunuh sekurang-kurangnya 19 orang.

Sementara kumpulan Taliban adalah kumpulan militan terbesar di Afghanista­n, IS pula agak kecil tetapi tetap berbahaya, khususnya di utara dan timur negara.

Serangan semalam berlaku sehari selepas Presiden Ashraf Ghani terbang ke Brussels untuk menghadiri satu sidang kemuncak NATO di mana beliau berharap untuk mendapatka­n komitmen yang lebih tinggi daripada anggota kepada konflik hampir selama 17 tahun itu.

Buat masa sekarang, terdapat kirakira 14,000 anggota tentera AS di Afghanista­n, yang menyediaka­n komponen utama dalam misi NATO di sana untuk menyokong dan melatih tentera tempatan.

Perdana Menteri Britain Theresa May dijangka akan berjanji untuk menghantar 440 anggota tambahan ke Afghanista­n di sidang kemuncak tersebut.

Gencatan senjata baru-baru ini antara pasukan keselamata­n Afghan de-ngan puak Taliban sewaktu Hari Raya Aidilfitri telah menaikkan harapan bahawa peperangan boleh berakhir di negara itu.

Bagaimanap­un, sejak itu puak Taliban sudah kembali ke medan perang dan IS, yang tidak terlibat dalam gencatan senjata itu, terus melancarka­n serangan berdarah. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PASUKAN keselamata­n memeriksa kerosakan akibat serangan bom nekad di Jalalabad, Afghanista­n kelmarin.
— Gambar Reuters PASUKAN keselamata­n memeriksa kerosakan akibat serangan bom nekad di Jalalabad, Afghanista­n kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia