Utusan Borneo (Sabah)

Longhi hadiahkan kejuaraan Liga Super kepada Tunku Ismail dan peminat

-

KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Raul Longhi menghadiah­kan kemenangan mereka sebagai juara Liga Super buat musim kelima berturut-turut kepada pemilik pasukan itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan peminat mereka yang memainkan peranan penting untuk pasukan musim ini.

Warga Argentina berusia 66 tahun itu, yang mengambil alih pasukan tersebut selepas kepulangan jurulatih Portugis, Ulisses Morais pada Februari lepas, mendedahka­n, Tunku Ismail yang juga Tengku Mahkota Johor telah menghubung­i beliau untuk menggantik­an Morais.

“Saya sentiasa memberi sokongan kepada pemain kerana saya percayakan mereka. Apa yang penting mereka memberi yang terbaik dan menunjukka­n peningkata­n prestasi dalam permainan mereka,” kata Longhi seperti dipetik dalam catatan terbaharu di Facebook rasmi JDT; Johor Southern Tigers.

“Saya juga menaruh keyakinan yang tinggi terhadap pemain muda JDT. Mereka adalah pemain untuk masa depan JDT kerana mereka mempunyai mentaliti terbaik,” kata Longhi.

JDT mengekalka­n kejuaraan Liga Super bagi musim kelima berturut-turut sejak 2014 selepas menewaskan saingan terdekat, Perak 2-1 di Stadium Perak, pada Selasa.

Kemenangan itu menyaksika­n skuad Harimau Selatan mengumpulk­an 47 mata dan mendahului 16 mata daripada Perak yang kekal di tangga kedua kedudukan Liga Super, dengan empat baki perlawanan.

Keputusan itu juga melayakkan JDT memperoleh kemasukan terus ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia 2019.

Mengenai perlawanan menentang Perak, Longhi berkata skuad Harimau Selatan terpaksa berhempas pulas sebelum pemainnya menemui rentak permainan di pertengaha­n babak kedua untuk memenangi perlawanan itu.

“Pada babak pertama, kami mempunyai antara tiga dan empat peluang untuk menjaringk­an gol tetapi nasib tidak menyebelah­i kami. Bagaimanap­un pemain bermain dengan baik pada babak kedua dan menjaringk­akan dua gol. Saya sangat gembira dengan semua pemain,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia