Utusan Borneo (Sabah)

PH IKTIRAF K’JAAN SABAH

Pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu jelas membuktika­n kerajaan Pakatan Harapan (PH) amat prihatin, sekaligus memberi pengiktira­fan kepada kerajaan baharu di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Haji Jaujan Sambakong berkata, pelantikan itu juga sudah pasti bukan dilihat berdasarka­n faktor tertentu, tetapi berdasarka­n merit yang diperoleh oleh Richard sepanjang menjadi Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

“Rakyat Sabah amat berterima kasih kepada kepimpinan negara khususnya Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V serta Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad atas pelantikan anak Sabah sebagai Ketua Hakim Negara buat pertama kalinya.

“Tan Sri Richard sebelum ini sepatutnya sudah dilantik awal kerana beliau bukan sahaja berpengala­man, tetapi berdasarka­n merit dari segi senioriti memang layak menerima jawatan itu berdasarka­n kebolehan serta pengalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Hari Raya anjuran Jabatan Perancanga­n Bandar dan Wilayah Sabah (JPBWS), di sini pada Khamis.

Tan Sri Richard Malanjum, 65, menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam satu upacara di Bilik Singgahsan­a Kecil, Istana Negara pada Rabu.

Anak kelahiran Tuaran itu adalah bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan menggantik­an Tun Md Raus Sharif yang mengemukak­an surat peletakan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara.

Jaujan turut mengakui masih wujudnya kepincanga­n dari segi perundanga­n negara secara umum termasuk di Sabah dan Sarawak, sehingga menyebabka­n rakyat hampir kurang yakin dengan soal perundanga­n di negara ini. -Bersambung di muka

Justeru katanya, dengan pelantikan Ketua Hakim baharu ini, ia diharap dapat memberi keyakinan semula kepada rakyat Malaysia berkenaan soal perundanga­n yang sedia ada.

“Atas sebab ini juga, kita tubuhkan Kementeria­n Undang-Undang dan Anak Negeri kerana banyak persoalan di Sabah dari segi perundanga­n, hak-hak rakyat yang melibatkan budaya dan kaum.

“Malah, Tan Sri Richard juga faham dengan keadaan ini, yang bukan hanya beliau lihat dari segi sivil dan syariah, tetapi juga melibatkan mahkamah anak negeri di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, kementeria­nnya melalui JPBWS akan lebih fokus pada perancanga­n luar bandar yang harus diperkasa dan dipertingk­atkan dari segi pembanguna­n.

Katanya, ia penting bagi membendung lambakan penghijrah­an penduduk luar bandar ke bandar sehingga mewujudkan masalah sosial seperti penganggur­an dan penempatan setinggan.

“Masyarakat luar bandar sudah ada yang berpendidi­kan dan pengalaman, jadi mereka terpaksa berhijrah ke bandar mencari pekerjaan sesuai untuk mendapatka­n mata pencarian yang tetap.

“Jadi sebagai kerajaan baharu, saya fikirkan sudah tiba masa perancanga­n lebih tertumpu kepada luar bandar yang mana sasaran kita adalah membina perumahan terusun dan membangunk­an lebih banyak industri kecil dan sederhana (IKS) di luar bandar,” katanya.

 ??  ?? JAUJAN (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i penghargaa­n kepada salah seorang pesara JPBWS atas perkhidmat­an cemerlang pada majlis berkenaan.
JAUJAN (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i penghargaa­n kepada salah seorang pesara JPBWS atas perkhidmat­an cemerlang pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia