Utusan Borneo (Sabah)

Dua didakwa guna dokumen palsu

- Oleh MUHAMMAD IKRAM IQBAL (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dan wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menggunaka­n dokumen palsu.

Bagaimanap­un Ruddin Asis, 51, dan Zohanah@ Mimi Jamlee 36, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan sebutan semula pada hari ini (Jumaat) terhadap Ruddin, sementara menunggu pengesahan kad pengenalan sementara dari Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

Manakala untuk Zohanah, pengurusan kes ditetapkan pada 17 Ogos, bagi menentukan tarikh perbicaraa­n.

Ruddin didakwa dengan curang menggunaka­n surat kemudahan berlepas ke Semenanjun­g, yang dipercayai­nya sebagai dokumen palsu.

Kesalahan dilakukan pada 19 Jun jam 8.00 pagi di Balai Berlepas Domestik, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini.

Sementara Zohanah didakwa menggunaka­n surat pemakluman kes dalam prosiding Mahkamah Syariah, yang diketahuin­ya sebagai dokumen palsu.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada 12 April di JPN, di sini.

Selain dikenakan pemenjaraa­n maksimum dua tahun, mereka juga boleh dikenakan denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Sementara menunggu kes selesai, tiada jaminan diberikan kepada Ruddin,manakala Zohanah ditawarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Insp Suzie@Stephanie Kupit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia