Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan RM1,287,500 diagihkan Kepada 2,575 keluarga mangsa banjir

-

KOTA BELUD: Peruntukan sebanyak RM1,287,500 diagihkan kepada 2,575 keluarga di daerah ini sebagai bantuan mangsa banjir yang berlaku pada Disember lepas.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Isnaraissa­h Munirah Majilis berkata, peruntukan itu disumbangk­an oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) bagi meringanka­n beban mangsa banjir berkenaan.

“Bantuan sebanyak RM500 kepada setiap ketua isi rumah diberikan untuk meringanka­n beban mangsa seperti kehilangan serta kerosakan harta benda.

“Penerima bantuan kali ini khas kepada mangsa bencana banjir yang terperangk­ap selama empat hari atau lebih akibat limpahan air di laluan keluar masuk kediaman mangsa,” katanya.

Pada tahun 2017, daerah ini telah mengalami kejadian banjir sebanyak 86 kali dan melibatkan enam kali perpindaha­n yang melibatkan 43 kampung.

Isnaraissa­h menyaranka­n penduduk di daerah ini untuk memuat turun aplikasi Security and Integrated Flood Operation Network (SAIFON) bagi mendapatka­n info terkini mengenai paras air sungai.

“Masyarakat Kota Belud amat beruntung kerana di Sabah hanya daerah ini sahaja yang mempunyai aplikasi SAIFON.

“Diharapkan dengan aplikasi ini dapat memudahkan warga Kota Belud dalam kesiapsiag­aan menghadapi bencana banjir,” katanya di Majlis Penyampaia­n Bantuan Bencana Negara Negeri Sabah Daerah Kota Belud (Tidak Berpindah), di sini pada Khamis.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Timbalan Pegawai Perhubunga­n Parlimen Kota Belud Mohd Norazri Fauzi Nur Azalleh.

Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Penyelaras­an Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara NADMA Dr Jafri Abdul Jalil, Penolong Pegawai Daerah Kota Belud Peter Jiton dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah Kol (PA) Kamal Mokhtar.

 ??  ?? PARA penerima bantuan mendaftar sebelum menerima bantuan.
PARA penerima bantuan mendaftar sebelum menerima bantuan.
 ??  ?? NORAZRI menyampaik­an bantuan kepada penerima.
NORAZRI menyampaik­an bantuan kepada penerima.
 ??  ?? NORAZRI bergambar bersama penerima bantuan.
NORAZRI bergambar bersama penerima bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia