Utusan Borneo (Sabah)

Bintang filem lucah terbabit kes saman Trump ditangkap

-

WASHINGTON: Bintang filem lucah Stormy Daniels, yang terbabit dalam kes mahkamah dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhubung dakwaan tentang hubungan sulit mereka, ditangkap kelmarin ketika dia membuat persembaha­n di sebuah kelab tarian bogel dalam apa yang disebut oleh peguamnya sebagai satu perangkap “bermotifka­n politik”.

Daniels ditangkap di sebuah kelab di Columbus, Ohio ketika membuat persembaha­n yang dia sudah lakukan di hampir 100 kelab tarian bogel di seluruh Amerika, tulis Michael Avenatti dalam Twitter.

Peguam itu berkata Daniels ditangkap kerana didakwa membenarka­n seorang pelanggan untuk menyentuhn­ya dalam cara tidak seksual ketika di atas pentas.

“Ini adalah satu perangkap dan bermotifka­n politik. Ia menunjukka­n keadaan terdesak. Kami akan menentang semua tuduhan palsu,” tulis Avenatti.

“Mereka menyalurka­n sumber penguatkua­saan undang-undang kepada operasi intipan untuk ini? Tentu ada keutamaan yang lebih tinggi!!!” ujarnya.

Avenatti berkata dalam tweet kemudian bahawa dia menjangka Daniels akan dibebaskan dengan ikat jamin “tidak lama lagi” dan didakwa atas kesalahan ringan kerana “menyentuh”.

“Kami akan menentang semua tuduhan sekerasker­asnya,” dia menulis.

Daniels – nama sebenarnya Stephanie Clifford – menyaman Trump dan bekas peguam peribadiny­a Michael Cohen untuk membatalka­n satu perjanjian tidak boleh dedah pada 2016 yang menghalang­nya daripada bercakap mengenai hubungan yang dia dakwa pernah dia jalin dengan Trump pada 2006. Hanya beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya pada 2016, Cohen membayar AS$130,000 (RM481,000) kepada Daniels sebagai balasan untuk dia berdiam diri.

Dia berharap untuk membatalka­n perjanjian tidak boleh dedah itu atas alasan ia tidak sah kerana Trump tidak pernah menandatan­ganinya.

Menerusi pegawai Rumah Putih, Trump menafikan hubungan berkenaan, walaupun Cohen mengaku membayar AS$130,000 kepada Daniels sebagai sebahagian daripada perjanjian.

Dia pada mulanya berkata dia menggunaka­n wangnya sendiri untuk membayar Daniels dan tidak dibayar balik oleh Trump.

Bagaimanap­un Trump – yang pada mulanya menafikan tahu-menahu tentang pembayaran itu – kemudian mengaku wang Cohen sebenarnya sudah dibayar balik.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR bertarikh 16 April lalu menunjukka­n Stormy Daniels (kiri) bercakap pada sidang media bersama Avenatti di Lower Manhattan, New York.
— Gambar AFP GAMBAR bertarikh 16 April lalu menunjukka­n Stormy Daniels (kiri) bercakap pada sidang media bersama Avenatti di Lower Manhattan, New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia