Utusan Borneo (Sabah)

Dron bawa bom tangan mendarat di rumah pegawai Mexico

-

TIJUANA: Sebuah dron dengan dua bom tangan yang dilekat dengan pita padanya mendarat di sebuah rumah milik pegawai keselamata­n tertinggi di negeri Baja California, Mexico, tetapi tidak meletup, kata pegawai kelmarin.

Dron itu mendarat di rumah milik Gerardo Sosa Olachea, menteri keselamata­n awam di negeri tersebut, di bandar Tecate, dekat sempadan Amerika Syarikat (AS), pada pagi Selasa lepas, kata pegawai.

Ia “dikesan oleh polis kerajaan yang mengawal rumah itu”, kata Sosa.

Tindakan itu dipercayai bertujuan untuk menakutnak­utkan. Sosa berkata bom tangan terbabit sudah dimatikan.

Beliau tidak menggunaka­n rumah itu, dan kebanyakan waktu tinggal di ibu negeri, Mexicali, tambahnya.

Sosa menganggap­nya sebagai tindak balas bagi kerjanya memerangi kartel dadah dan “rampasan besar dadah dan senjata serta penangkapa­n penjenayah” yang diselia oleh kementeria­nnya.

Dengan kawasan pantai Pasifik yang panjang dan lokasi strategik di sempadan AS, Baja California merupakan lokasi panas untuk penyeludup­an dadah dan senjata yang dikaitkan dengan ledakan keganasan di Mexico sejak sedekad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia