Utusan Borneo (Sabah)

AnPA cemerlangk­an anak-anak asnaf

Kem Motivasi Melakar Kecemerlan­gan AnPA

- Oleh YUSOP TEPPO

ANJUNG Pendidikan Asnaf Sandakan (AnPA) membantu anak-anak asnaf Pusat Zakat Sabah Cawangan Sandakan mendapatka­n tuisyen dan pendidikan Islam yang membantu jati diri anak-anak muda mendepani hidup sama ada kerjaya dan kehidupan.

AnPA memulakan pengajaran atau kelas bimbingan bermula 2014 sehingga ke hari ini, pembelajar­an kepada golongan mualaf, mukallaf, dan anak-anak asnaf mendapat didikan dan pengajaran yang intensif.

Antara pendidikan yang diberikan adalah Kelas Mengaji Iqra, Hafazan, program kraftangan, memberi tuisyen atau kelas bimbingan pelajar miskin di seluruh Sandakan. Kelaskelas ini turut melibatkan golongan asnaf dan pelajarpel­ajar mualaf, mukallaf dan hafiz al-Quran.

Kem Kecemerlan­gan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sentiasa diadakan bagi memupuk nilai-nilai cintakan pendidikan dan sekaligus menanam nilainilai murni dalam diri remaja (anak-anak asnaf).

Sepanjang 2014 sehingga ke hari ini, lebih seribu pelajar dan golongan asnaf menerima pendidikan dan bimbingan daripada AnPA Cawangan Sandakan. AnPA juga telah ramai melahirkan hafiz dan mereka yang khatam al-Quran.

Pewujudan AnPA Cawangan Sandakan melalui Pusat Zakat Sabah (PZS) di bawah Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) sentiasa mengadakan kerjasama pintar bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains)), Jabatan Pendidikan dan beberapa badan bukan berkanun bagi membantu melaksanak­an usaha murni ini.

Baru-baru ini, diadakan satu Majlis Penutupan Kem Motivasi Melakar Kecemerlan­gan AnPA dan Sambutan Hari Raya 2018 bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Daerah Sandakan bagi meraikan pelajar-pelajar yang cemerlang dan golongan asnaf cawangan Sandakan.

Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang mendapat sijil penghargaa­n dan hamper bagi menyuntik semangat mereka untuk pergi lagi jauh ke hadapan.

Pengerusi AnPA Sandakan Hajah Asnah Haji Tahlil berkata, usaha murni itu diharap dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi membantu golongan asnaf mendapat sokongan dan bimbingan daripada badanbadan agama sekaligus membantu memberikan pendidikan tambahan kepada anak-anak asnaf yang memerlukan kelas tuisyen.

“Kita yakin dan percaya, bantuan kepada golongan ini akan membantu mereka keluar dari garis kemiskinan dan mereka boleh menghadapi dunia dengan sebaik-baiknya kerana kelas bimbingan (mualaf, mukallaf, mengaji dan tuisyen) akan memberikan mereka santapan rohani sekali gus ilmu pendidikan yang berguna untuk kemaslahat­an masyarakat sejahtera,” katanya.

Beliau juga mengingatk­an kepada golongan yang berkemampu­an agar membantu melalui membayar zakat pendapatan dan harta agar wang yang diterima PZS akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf.

AnPA juga telah memulakan satu projek kraftangan dan produk daripada asnaf-asnaf bagi membantu meringanka­n beban mereka, PZS Cawangan Sandakan menjadi pengelola, membuka gerai atau booth untuk asnaf menjual hasil kraftangan atau produk yang boleh mendatangk­an hasil pendapatan kepada golongan asnaf.

Asnah berharap semua usaha ini akan diteruskan dalam memartabat­kan masyarakat Islam agar mampu bersaing dengan bangsa lain dan membantu mereka yang memerlukan, membuka jalan agar mereka dapat meniti kehidupan ini supaya menjadi ummah terbaik kepada bangsa, agama dan negara.

 ??  ??
 ??  ?? PELAJAR UPSR asnaf AnPA melakukan aktiviti outdoor dan indoor sempena Kem Motivasi Melakar Kecemerlan­gan.
PELAJAR UPSR asnaf AnPA melakukan aktiviti outdoor dan indoor sempena Kem Motivasi Melakar Kecemerlan­gan.
 ??  ??
 ??  ?? ASNAH menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pelajar cemerlang SPM dan UPSR pada majlis itu.
ASNAH menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pelajar cemerlang SPM dan UPSR pada majlis itu.
 ??  ?? MERAKAM kenangan bersama golongan asnaf dan keluarga serta para pelajar.
MERAKAM kenangan bersama golongan asnaf dan keluarga serta para pelajar.
 ??  ?? ASNAH merakamkan gambar kenangan bersama guru-guru AnPA.
ASNAH merakamkan gambar kenangan bersama guru-guru AnPA.
 ??  ?? HASIL kraftangan asnaf Pusat Zakat Sabah.
HASIL kraftangan asnaf Pusat Zakat Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia