Mayat bayi ditemukan dalam sistem pembetungan

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Mayat bayi dipercayai tidak cukup bulan ditemukan dalam sistem pembetungan najis di PPR Taman Murni Batu 7, pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi, seorang pekerja sedang membersihkan lubang pembetungan yang dilaporkan tersumbat telah menemukan mayat bayi berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Azhar Hamin berkata pihaknya yang menerima maklumat berkenaan bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata pihak polis kemudiannya menghantar mayat bayi tersebut ke Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat.

Beliau berkata mayat bayi ditemukan itu meninggal dunia kerana kelahiran pra matang dan telah meninggal lebih 24 jam berdasarkan keadaannya yang berulat.

Azhar berkata pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Sehubungan itu katanya, pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian supaya tampil menyalurkannya ke balai polis berdekatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.