Rumah flat musnah terbakar

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Sebuah keluarga kehilangan tempat tinggal apabila rumah mereka di tingkat satu sebuah perumahan flat di Sepanggar musnah terbakar.

Kejadian jam 3.15 petang itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa kepada penghuni rumah.

Pegawai Bomba Kanan I I( P B K I I) Saminin Itang berkata panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima jam 3.22 petang.

“Kita menggegaskan 27 pegawai dan anggota dari dua buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) termasuk Lintas dan Kota Kinabalu bagi melakukan operasi pemadaman di lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya kejadian membabitkan sebuah rumah seluas 30X20 kaki persegi yang terletak di tingkat satu bangunan terjejas 70 peratus.

“Tindakan pantas anggota berjaya mengawal api dari merebak ke kawasan perumahan lain dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 4.35 petang,” katanya.

KEADAAN di bahagian bilik tidur rumah selepas kebakaran. VIVI OLVIANA NAJURUS -Oleh

SUASANA semasa operasi pemadaman dijalankan sepasukan anggota bomba di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.