Utusan Borneo (Sabah)

171kg sampah dikutip di Gua Madai, Kunak

-

KUNAK: Sampah seberat 171 kilogram berjaya dikutip dalam tempoh sejam 30 minit oleh sekumpulan sukarelawa­n yang menjalanka­n program pembersiha­n di sekitar Gua Madai di sini, pada Ahad.

Sampah sarap itu dikumpulka­n di dalam plastik hitam selepas dikutip kirakira 70 sukarelawa­n berumur antara 30 dan 50 tahun termasuk anggota badan bukan kerajaan, Trash Hero Borneo yang berpangkal­an di Kunak.

Ketua Trash Hero Borneo, Milerie Lane M Asinti, 31, berkata aktiviti dilaksanak­an sempena Hari Pembersiha­n Sedunia 2018 itu yang diketuai Trash Hero Borneo, turut diadakan serentak di beberapa tempat di Sabah antaranya Pulau Mabul, Semporna dan Pulau Berhala, Sandakan serta Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

“Aktiviti ini adalah program komuniti sukarela dan kita berjaya mengurangk­an sampah di sekitar Gua Madai.

“Gua Madai dipilih sebagai salah satu lokasi pembersiha­n kerana ia salah satu produk pelanconga­n daerah ini yang perlu dijaga kebersihan­nya,” kata beliau kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, Milerie berkata menerusi pendedahan aktiviti tersebut diharap dapat menyemai sikap pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar.

“Usaha kecil ini diharap dapat memberi kesan positif kepada penduduk setempat terutamany­a golongan muda dan kanak-kanak,” katanya.

Kesemua sampah yang dikutip diangkut Majlis Daerah Kunak (MDK) untuk dihantar ke tempat pelupusan sampah.

Milerie Lane berkata sampah yang dikutip termasuk botol minuman, tin aluminium, plastik, selipar dan polistren.

Trash Hero Borneo adalah cawangan kumpulan sukarelawa­n di bawah tadbir Trash Hero World di Switzerlan­d. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia