10 sekolah sudah siap

120 buah sekolah daif akan siap dinaik taraf tahun hadapan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sebanyak 120 buah sekolah daif yang dikenal pasti di Sabah akan siap dinaik taraf selewat-lewatnya tahun hadapan.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata, kini hanya 10 buah sekolah sahaja berjaya disiapkan sepenuhnya yang dilaksanakan di bawah program baik pulih sekolah daif.

“Hari ini saya melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Unggun dan melihat kerjakerja menaik taraf telah disiapkan. Saya berpuas hati dengan kualitinya tetapi masih memerlukan sedikit

“Keseluruhan projek ini melibatkan kos kirakira RM500 juta, hanya 10 buah sekolah sahaja siap yang lain berada pada tahap 60 sehingga 90 ” peratus dan ada juga ‘sakit’. DATUK SERI DR ISMAIL BAKAR Ketua Setiausaha Negara

penambahbaikan.

“Sebanyak 15 buah bilik darjah dan satu makmal sains sedia digunakan oleh murid-murid pada minggu hadapan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Projek Sekolah Daif, di SK Unggun dan SK Gudon pada Ahad.

Beliau berkata, tidak dinafikan wujudnya kelewatan penyiapan projek itu memandangkan pendekatan digunakan adalah Sistem Binaan Industri (IBS) yang hanya memerlukan tiga bulan untuk menyiapkan satu bangunan sekolah.

Katanya, kerajaan akan memantau dengan lebih serius terhadap mana-mana projek sekolah daif yang ‘sakit’.

“Kita akan memantau baki projek selebihnya khususnya yang belum mempunyai kemajuan memuaskan.

“Keseluruhan projek ini melibatkan kos kira-kira RM500 juta, hanya 10 buah sekolah sahaja siap yang lain berada pada tahap 60 sehingga 90 peratus dan ada juga ‘sakit’.

Beliau juga menjelaskan bahawa faktor kelewatan mungkin dipengaruhi faktorfaktor teknikal seperti reka bentuk serta sebagainya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Hajah Maimunah Suhaibul.

ISMAIL ( empat kiri) meninjau makmal sains Projek Sekolah Daif SK Unggun di sini pada Ahad, turut kelihatan Maimunah (kanan).

KENANGAN: Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) Zon Segama Lahad Datu yang diketuai oleh pengerusi zon Jamilah Halid telah menyertai Programen World Clean Up Day 2018 di daerah Lahad Datu yang turut dihadiri Naib Presiden VI Sabas OKK Hj Ahmad Kaoh.Kelihatan, Ahmad (empat kanan) Jamilah ( lima kiri) bersama ahli Sabas selepas program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.