Utusan Borneo (Sabah)

Ceburi aktiviti berpersatu­an

Yang mampu membantu masyarakat memerlukan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Golongan wanita di negeri ini disaran menceburka­n diri dalam aktiviti berpersatu­an yang mampu membantu masyarakat yang memerlukan.

Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Norazlinah Arif berkata, memilih untuk berkhidmat kepada masyarakat sebenarnya tidak mampu dilakukan oleh semua orang apatah lagi dalam dunia masa kini di mana ramai yang memilih kekayaan dunia berbanding memberi bantuan.

Katanya, tafsiran wanita berjaya membawa maksud yang meluas dan terpulang kepada setiap individu untuk menilainya.

NORAZLINAH (tengah) menerima cenderahat­i daripada Presiden IKSnita Datuk Dg. Hajah Khatijah Datu Bactiyal. “Sebagai wanita, adakah kita memilih menjadi ibu yang hanya menjaga keperluan suami dan anak?. Atau memilih menjadi wanita bekerjaya dan selepas itu balik ke rumah untuk bersama keluarga?. Sebaliknya wanita boleh memilih untuk melakukan lebih dari itu iaitu menjadi bermanfaat.” wanita yang NORAZLINAH ARIF

NORAZLINAH (lima, kanan) bersama ikon wanita yang menerima anugerah masing-masing.

“Sebagai wanita, adakah kita memilih menjadi ibu yang hanya menjaga keperluan suami dan anak?. Atau memilih menjadi wanita bekerjaya dan selepas itu balik ke rumah untuk bersama keluarga?. Sebaliknya wanita boleh memilih untuk melakukan lebih dari itu iaitu menjadi wanita yang bermanfaat.

“Wanita yang bermanfaat adalah mereka yang boleh membantu golongan yang memerlukan,” katanya ketika berucap pada Malam Gala Wanita 2018 Malaysiaku Wanitaku di sini.

Majlis berkenaan dianjurkan oleh IKSnita Sandakan bersama Ratu Perwara.

Mengulas lanjut, Norazlinah berkata inisiatif yang dilakukan oleh persatuan wanita seumpama itu adalah contoh jelas di mana wanita bekerjaya boleh berjaya dalam menguruska­n keluarga dan dalam masa yang sama membantu golongan yang memerlukan.

Katanya, inisiatif persatuan seumpama itu yang membantu wanita dalam bidang perniagaan sememangny­a dialu-alukan.

“Saya ingin berkongsi tiga ciri orang berjaya yang boleh dicapai oleh sesiapa sahaja termasuk golongan wanita. Ia adalah bebas memilih, mampu mengubah hidup ke tahap lebih baik serta menjadi manusia bermanfaat iaitu boleh membantu orang lain,” jelasnya.

Pada majlis berkenaan, seramai lapan wanita telah menerima anugerah di atas kejayaan masing-masing.

Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia