Tiga pemimpin tawar diri tanding pemilihan PKR Cabang Semporna

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Semporna menawarkan diri untuk bertanding dalam proses pemilihan kepimpinan PKR di peringkat cabang pada Oktober depan.

Jumadil Ori menawarkan diri untuk bertanding Ketua Cabang manakala Datu Pengiran Ahmad Datu Ali Alam bertanding Timbalan Ketua Cabang.

Sementara itu, Ismail Abdul Nama yang bertanding jawatan Naib Ketua Cabang dalam pemilihan itu memberitahu Utusan Borneo bahawa PKR Cabang Semporna kini berjuang bersama Parti Warisan Sabah( P W S) untuk membawa kesejahteraan kepada Sabah.

Mengulas mengenai pemilihan itu, Ismail berkata mereka akan berdepan dengan calon-calon yang tidak kurang hebatnya dalam pertandingan yang diadakan dengan semangat demokrasi yang tinggi.

Pemilihan PKR kali ini amat menarik kerana ahli membuat pengundian dalam talian menerusi sistem evoting.

Walaupun terdapat pertandingan di peringkat cabang hingga ke pusat, tetapi ia dibuat dalam suasana dimana ahli-ahlinya sudah matang dan bijak membuat pilihan dalam menentukan masa depan parti.

DATU Pengiran Ahmad (kiri) dan Ismail Abd Nama (kanan) bertanding Timbalan dan Naib Ketua Cabang Semporna dalam pemilihan kali ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.