Perkasa suara belia tanpa mengira fahaman politik: Syed Saddiq

Tanpa kira politik: Syed Saddiq

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh SADDAM EDRIS SYED Saddiq ketika menyampaikan sesi dialog bersama belia-belia Sabah yang hadir pada ‘Program Unlocking The Power of Youth People’ di sini, pada Ahad.

KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tekad dengan pendiriannya untuk memperkasakan suara belia tanpa mengira fahaman politik.

Katanya, ia sudah menjadi tanggungjawab beliau selaku pemimpin muda yang mewakili suara belia untuk membuang jurang antara belia dengan mana-mana parti politik.

“Saya nak pecahkan ‘Taboo’ itu dan ini menjadi tanggungjawab saya.. tapi bila sudah pecahkan saya tidak boleh ‘bias’ hanya kepada parti politik saya sebab anak muda boleh menyertai manamana parti.

“Jika mereka tidak menyertai, maksudnya masa hadapan negara itu akan terus dirangka oleh mereka yang lebih tua dari kita dan mungkin tidak mewakili citarasa kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap dalam sesi dialog ‘Program Unlocking The Power of Youth People’ di sini, pada Ahad.

Syed berkata, beliau juga bercadang untuk berbincang bersama pemimpinpemimpin parti lain untuk bersama melaksanakan siri jelajah bagi menyampaikan mesej berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berharap semua ahli parlimen muda tidak kira mana-mana parti politik untuk duduk bersama mencari titik persamaan.

Terdahulu, sesi dialog bersama belia di Sabah adalah anjuranpertamaKementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memberi peluang suara anak muda berkongsi dan memberi pandangan untuk merancang masa hadapan Malaysia Baharu.

Hadir sama ialah Menteri Belia dan Sukan Sabah Frankie Poon Ming Fung.

“Saya nak pecahkan ‘Taboo’ itu dan ini menjadi tanggungjawab saya...tapi bila sudah pecahkan saya tidak boleh ‘bias’ hanya kepada parti politik saya sebab anak muda boleh menyertai manamana parti.

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN Menteri Belia dan Sukan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.